|
|||||||
|
|
|
|||||
|
|
|||||||
|
PENTAKSIRAN
PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN |
||||||||||||||||||||||||||||
|
Konsep Asas Pentaksiran
Pembelajaran Pembelajaran adalah
proses interaktif yang mana pembelajar, penuntut atau murid Logiknya
mengunakan kaedah pentaksiran bagi tujuan meningkatkan motivasi adalah mudah : Pentaksiran membolehkan
sistem persekolahan, sekolah-sekolah, pengajar dan guru serta pelajar dan murid meningkatkan dan
memberikan piawaian yang lebih bermakna Piawaian yang ditetapkan boleh memberikan fokus atau
tumpuan serta arah kepada
pengajaran dan pembelajaran Keputusan dan hasilan dari pentaksiran menyokong
unsur-unsur penting dan utama terhadap
sifat, kekuatan dan kelemahan prestasi murid dan pelajar yang berkaitan
dengan piawai. Pendidik dan pelajar mengunakan maklumbalas dari
hasilan pentaksiran ini untuk memahami dan memberi tumpuan bagi meningkatkan
aspek berkaitan pembelajaran mereka . Pentaksiran boleh meningkatkan motivasi pelajar dan
murid untuk belajar dengan lebih baik,
pengajar memberi pengajaran yang lebih bermakna dan sistem persekolahan
yang lebih berkesan. (Klein, 2000) Tumpuan dokumen ini adalah keatas tiga kategori yang
berbeza tetapi berkait-rapat bagi tujuan pentaksiran bilik darjah iaitu pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) , pentaksiran
sebagai pembelajaran (assessment as
learning) dan pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning) . a. Pentaksiran
untuk pembelajaran (assessment for
learning) adalah untuk pendidik dan
guru mendapatkan informasi bagi tujuan memodifikasikan dan mempelbagaikan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ianya
memaklumkan cara dan kaedah kebiasaan (idiosinkratik) pembelajaran murid dan pelajar, dan mengenalpasti
corak dan kaedah serta jalan yang diambil oleh murid dan pelajar ikuti. Ia
memerlukan rekabentuk yang teliti dari pendidik atau guru agar informasi
hasilan keputusan dapat menentukan bukan sahaja apa yang diketahui oleh murid
dan pelajar tetapi turut mendapat pandangan mendalam bagaimana, bila dan samada
pelajar dan murid boleh mengaplikasi apa yang mereka tahu atau pelajari. Pendidik dan guru boleh juga mengunakan informasi dan
maklumat ini untuk menyalurkan dan mensasarkan arahan dan sumber serta memberi
maklumbalas kepada pelajar dan murid bagi tujuan mempertingkatkan pembelajaran
mereka. b. Pentaksiran
sebagai pembelajaran (assessment as
learning) adalah proses membentuk dan menyokong metakognisi (iaitu memikir atau mencari jawapan kepada
pemikiran sendiri) pelajar dan murid. Pentaksiran sebagai pembelajaran
memberi tumpuan atau memberi fokus terhadap peranan pelajar atau murid sebagai
penguhubung yang kritikal diantara pentaksiran dan pembelajaran. Apabila
pelajar atau murid bersifat aktif, terikat dengan pembelajaran, dan berupaya
menjadi pentaksir yang kritikal, biasanya mereka memahami dan berupaya mengesan
informasi dan maklumat, menghubungkaitkan informasi dan maklumat kepada
pengetahuan berkaitan dan mengunakannya untuk tujuan pembelajaran. Ini adalah
sesuatu proses pengawalan dalam meta-kognisi (meta-cognition). Ianya berlaku apabila pelajar atau murid memantau
pembelajaran kendiri dan mengunakan maklumbalas yang diperolehi untuk membuat
pembetulan, penyesuaian, dan mungkin juga pertukaran dan perubahan dalam apa
yang mereka fahami. Ia memerlukan pendidik dan guru membantu dan membimbing
pelajar dan murid membina, mempraktik atau mengamalkan dan berpuashati dengan
hasilan refleksi serta analisa kritikal yang dijalankan pelajar dan murid
sendiri. c. Pentaksiran
kepada pembelajaran (assessment of
learning) adalah berbentuk sumatif (summative)
secara semulajadi dan digunakan untuk memastikan apa yang diketahui dan apa
yang pelajar dan murid boleh lakukan, mendemonstrasikan samada mereka berjaya
mendapatkan atau memahami kehendak hasilan kurikulum serta kebiasaannya,
menunjukkan bagaimana mereka ditempatkan atau diletakkan dan dihubungkaitkan dengan yang lain. Pendidik dan guru memberi tumpuan dan penekanan dalam
memastikan mereka telah menjalankan dan mengunakan pentaksiran bagi tujuan
memberikan dan membekalkan kenyataan yang tepat dan bermakna terhadap kebolehan
pelajar dan murid. Ini juga akan memastikan
agar penerima maklumat dan informasi boleh mengunakan makluman tersebut
untuk menghasilkan keputusan yang dapat memberi penjelasan dan kenyataan.
Tiga
Tujuan Pentaksiran Apabila menyebut tentang pentaksiran dari perspektif
tujuan (dan bukannya kaedah), kita memberi penekanan terhadap hasilan
keputusan. Bahagian didalam seksyen ini menerangkan secara terperinci tiga
jenis tujuan pentaksiran yang berbeza :
pentaksiran untuk pembelajaran (assessment
for learning) ; pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning) dan pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning). Turutan untuk, sebagai dan kepada (for, as, of) adalah disengajakan, untuk
menunjukkan turutan mengikut kepentingan bagi tujuan mempertingkatkan
pembelajaran pelajar dan murid. Pentaksiran kepada pembelajaran digunakan bagi
membuat keputusan sumatif. Dalam perancangan, pembentukan dan pengunaan kaedah
pentaksiran yang sesuai untuk tujuan tertentu, pendidik dan guru selalunya
memikirkan mengenai kurikulum dan juga mengenai pelajar dan murid mereka
apabila persoalan sebegini timbul :
a)
bagaimanakah boleh saya
mengunakan informasi yang terdapat dari
pentaksiran ini ?;
ii)
bagaimanakah
saya boleh memastikan kualiti dalam proses pentaksiran ini? ;
iii)
apakah
kaedah pentaksiran yang sesuai yang patut saya gunakan? ;
iv)
apakah
yang sebenarnya saya taksirkan ? ;
v)
mengapakan
saya membuat pentaksiran ini ?
Apakah Pentaksiran Untuk Pembelajaran Pentaksiran untuk pembelajaran adalah
proses pembelajaran berterusan, ianya dijalankan untuk memastikan setiap
pelajar atau murid memahami dan dapat menterjemahkan kehendak tugasan agar
pendidik dan guru boleh menentukan apa yang boleh dibantu dalam meningkatkan
prestasi pelajar dan murid. Pelajar dan murid akan belajar secara bersendirian
dengan cara dan kehendak mereka sendiri. Dalam masa yang sama akan terdapat
perubahan pola yang dijangkakan. Prestasi dan kebolehan pelajar dan murid akan
dapat dilihat dan dikesan. Dengan kaedah pentaksiran untuk pembelajaran,
pendidik dan guru akan mengunakan pentaksiran sebagai alat untuk memperolehi
maklumat mengenai kemampuan dan kebolehan pelajar dan masalah kekeliruan atau
kekurangan yang dihadapi. Maklumat dan informasi mengenai proses
pembelajaran murid dan pelajar akan diperolehi oleh pendidik dan guru. Ianya
dijangkakan akan menjadi asas bagi menentukan apakah yang perlu dilakukan untuk
membolehkan pelajar dan murid maju ketahap yang seterusnya. Hasilan maklumbalas
dari murid dan pelajar akan dapat
menentukan kumpulan, strategi arahan dan sumber yang dikehendaki.
Peranan Pendidik dan Guru dalam Pentaksiran Untuk Pembelajaran Pentaksiran untuk pembelajaran adalah proses pembelajaran berterusan dan merupakan satu proses yang interaktif, dengan pendidik dan guru
mengimbangkan
proses pengajaran dan pembelajaran
mengenalpasti keperluan pembelajaran tertentu pelajar
atau kumpulan pelajar memilih dan
menyesuaikan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran mencipta strategi pengajaran
yang berlainan dan peluang pembelajaran bagi
membantu individu bergerak maju dalam
pembelajaran menyediakan maklumbalas dan arahan
segera Pendidik dan guru juga mengunakan
pentaksiran untuk pembelajaran untuk meningkatkan motivasi dan komitmen untuk
pembelajaran. Apabila pendidik atau guru memberi komitmen terhadap pembelajaran
sebagai fokus atau tumpuan kepada pentaksiran, secara tidak langsung, mereka
telah menukarkan budaya bilik darjah kepada satu kaedah pengesanan prestasi
kemajuan pelajar dan murid. Pendidik
dan guru akan mengunakan dan memaklumkan laporan prestasi kemajuan pelajar dan
murid bagi tujuan perkembangan yang berkesan dan bersistematik. Prinsip Pentaksiran
Untuk Pembelajaran Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah menjadi
sebahagian dari perancangan efektif pengajaran dan pembelajaran
Pentaksiran untuk
pembelajaran hendaklah menumpukan tentang bagaimana murid mempelajari sesuatu
Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah diiktiraf
atau diakui sebagai amalan utama dalam bilik darjah
Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah di anggap
sebagai kunci kemahiran profesional bagi guru Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah sensitif dan
konstruktif kerana mana-mana pentaksiran memberi kesan impak Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah mengambil kira
kepentingan motivasi murid
Pentaksiran untuk
pembelajaran hendaklah bertujuan meningkatkan komitmen murid terhadap matlamat
pembelajaran dan berkongsi kefahaman tentang kriteria yang ditaksir
Pentaksiran untuk
pembelajaran membentuk kapasiti murid bagi tujuan penilaian kendiri agar
mereka boleh melihat keupayaan dan
mengurus diri sendiri
Pentaksiran untuk
pembelajaran hendaklah mengiktiraf
kemampuan keseluruhan pencapaian pembelajaran murid Murid hendaklah menerima bimbingan konstruktif
tentang bagaimana mereka boleh meningkatkan pencapaian Diantara
kaedah perancangan pentaksiran yang boleh digunakan oleh pendidik adalah
seperti berikut :
Jadual
1 . Ringkasan Perancangan Pentaksiran Untuk Pembelajaran Sumber Assessment
Roles and Goals (
Peranan Pendidik dan Guru dalam Pentaksiran sebagai Pembelajaran adalah : memberi contoh dan mengajar
kemahiran pentaksiran kendiri membimbing pelajar dan murid
dalam menentukan matlamat, dan memantau prestasi mereka menyediakan contoh-contoh amalan yang baik dan berkualiti
yang melibatkan hasilan kurikulum bekerjasama dengan pelajar dan
murid untuk membentuk kriteria amalan yang baik dan jelas membimbing pelajar dan murid
dalam membentuk maklumbalas dalaman atau membina mekanisma
pemantauan kendiri bagi mengesahkan dan menyoal pemikiran kendiri serta
berpuashati dengan kesamaran dan ketidaktentuan yang ketara dalam mempelajari perkara baru menyediakan peluang berterusan
dan yang mencabar untuk diamalkan, agar pelajar dan murid menjadi yakin dan bersifat pentaksir kendiri yang
kompeten memantau proses meta-kognitif
pelajar dan juga pembelajaran serta menyediakan maklumbalas yang
terperinci menyediakan persekitaran yang
selamat bagi pelajar dan murid memperolehi peluang pembelajaran dan
mendapat sokongan sepenuhnya dari pihak sekolah atau pentadbiran
Peranan Pendidik dan Guru dalam Pentaksiran kepada Pembelajaran Oleh kerana pentaksiran kepada
pembelajaran merupakan sesuatu yang sukar untuk dicapai dan menjejaskan pelajar
dan murid secara serious, pendidik dan guru bertanggungjawab dalam menyediakan
laporan pembelajaran dengan tepat dan adil, berdasarkan maklumat dan bukti yang
diperolehi dari pelbagai konteks dan aplikasi. Pentaksiran pembelajaran yang
berkesan memerlukan pendidik dan guru menyediakan : kaedah yang
rasional bagi membolehkan pentaksiran kepada pembelajaran tertentu dijalankan dengan betul pada masa yang tertentu kenyataan yang jelas bagi
pembelajaran yang diinginkan proses yang membolehkan pelajar dan murid menunjukkan
kemahiran dan kebolehan atau kompetensi kadar mekanisma alternatif bagi mentaksir hasilan yang
sama penanda dan petunjuk am bagi membuat keputusan kaedah yang telus bagi pentaksiran deskripsi mengenai proses pentaksiran strategi bagi membina semula apabila berlakunya ketidak
sehaluan dalam membuat keputusan Dengan bantuan pendidik dan guru, pelajar dan murid boleh
mengharapkan tugasan pentaksiran kepada pembelajaran sebagai pentas untuk
mereka mempamirkan kompetensi atau kebolehan dan juga halatuju persembahan
pembelajaran.
Ciri Pentaksiran Pembelajaran
|
Penafian/Disclaimer. Pengendali tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan dan permasalahan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
Page Created 23 Apr 07 and last updated on 10 January 2009 by Pengendali@ 2006