|
|||||||
|
|
|
|||||
|
|
|||||||
|
Budaya dan Kepelbagaian Kelompok
Budaya diberi pelbagai takrif
mengikut kesesuaian dengan latar sosio masyarakat di sesuatu kawasan. Budaya merangkumi setiap aspek
kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama penganutnya. Perkataan
budaya berasal dari cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu yang membawa pengertian :
-
Budhi
(Sanskrit) : kecergasan fikiran dan akal
- kecergasan
akal fikiran seseorang akan menetukan tahap pemikiran dalam menangani sesuatu permasalahan dan
mencari penyelesaian kepada permasalahan tersebut
-
Daya
(Melayu) : kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh
-
Mengunakan
segala kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh semula jadi bagi membantu menjana
pemikiran mereka Kebudayaan
ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia
merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Kebudayaan
meliputi hasil kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan Dua
peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya ialah :
i)
membina
imej negara kearah mewujudkan keperibadian serta identiti
ii)
memupuk
kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan,
spiritual dan mental ‘Culture’
dalam Bahasa Inggeris bermaksud menanam atau mengerjakan sesuatu.
Budaya berkait rapat dengan apa yang dikerjakan
sesuatu masyarakat. Budaya
juga sesuatu yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi dan boleh
diwarisi serta sering berubah mengikut peredaran masa.
Kamus
Dewan (2005) , budaya
ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran , akal budi (cara fikiran), berkelakuan
dan sebagainya. Budaya juga dikelasifikasikan sebagai satu cara
hidup yang diamalkan sesuatu kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial,
susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan
nilai. Dictionary
of Philosophy (1996), the way of life of
people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of
perception and habits of thoughts and activity. Nik Safiah
Karim, “budaya adalah tenaga fikiran,
usaha rohani atau kuasa mengerakkan jiwa”. Mohd Taib
Osman (1988), “ budaya adalah satu himpunan kelengkapan
intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan
kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling”. Selo
Soemardjan dan Soelaiman Soemardi , “budaya merupakan satu alat penghasilan karya
seni, rasa dan penciptaan dalam sesebuah masyarakat”. Budaya
dari segi bahasa merupakan satu cara yang diamalkan
dalam kehidupan bermasyarakat kini. Budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan kebanyakan orang termasuk
pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir seseorang. Budaya
merupakan warisan sosial
manusia, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang boleh
diwarisi. Budaya adalah hak masyarakat yang akan
menentukan bentuk tingkah laku mereka.
Budaya
dalam konteks pendidikan semasa dilihat melalui budaya di sekolah yang disamakan atau
sebahagian daripada budaya masyarakat. Murid akan di
didik untuk berbudaya sebagaimana dikehendaki oleh masyarakat. Budaya dalam
masyarakat juga akan mempengaruhi budaya di sesebuah
sekolah. Sebagai
pendidik, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan pendidikan nilai
yang merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan Sekolah
harus berupaya menerapkan budaya melalui pendidikan formal dalam kurikulum dan
kegiatan ko-kurikulum.
Dalam
kepelbagaian kelompok murid di Malaysia, budaya meliputi setiap aspek berikut iaitu lokasi, pekerjaan
ibu bapa, pendidikan yang diterima, status ekonomi, sosial, keturunan, kuasa
politik, bangsa, bahasa, adat resam, kepercayaan dan jantina. Budaya
dalam masyarakat dikatakan melibatkan keseluruhan aspek yang mengandungi budaya
rakyat asal. Budaya adalah lambang dan institusi kebangsaan. Budaya
adalah hasil ciptaan nasional yang merangkumi aspek kepercayaan, pemikiran,
falsafah, moral, undang-undang, etika, kesenian, bahasa, kesusateraan dan cara hidup yang disebati untuk diterima bersama. Budaya
merupakan aspek kepunyaan bersama yang dikongsikan semua masyarakat. Budaya menjadi
sumber identifikasi kekitaan dalam kepelbagaian kelompok di Pola
budaya dikategorikan kepada beberapa aspek berikut :
a)
Wajib
– individu hanya mempunyai satu cara untuk melakukannya
b)
Preferred-
yang lebih digemari
c)
Tipikal
– beberapa cara melakukannya tetapi tidak satu pun digemari
d)
Alternatif
– beberapa cara melakukannya tanpa ada sesuatu yang digemari
e)
Terhad
– cara melakukan sesuatu itu dibenarkan tetapi untuk orang tertentu sahaja Ciri
budaya dalam sesuatu kelompok adalah seperti berikut :
a)
boleh
dipelajari
b)
boleh
dikongsi
c)
boleh
diwarisi
d)
bersifat
sejagat
e)
sentiasa
berubah
f)
mempunyai
unsur simbolik
g)
mempunyai
pandangan semesta Dalam
mencapai status negara moden,
2.
Jenis dan Demografi Kelompok
Kelompok
didefinisikan sebagai dua individu atau lebih, yang berinteraksi, saling
bergantung dan saling bergabung untuk mencapai sasaran tertentu. Kelompok
adalah bersifat formal dan informal. Kelompok formal merujuk kepada kelompok yang ditetapkan oleh struktur
organisasi dengan penugasan kerja yang ditunjuk untuk menjalankan tugas-tugas
dan diarahkan untuk tujuan organisasi. Klasifikasi
kelompok dalam sesuatu masyarakat dikelasifikasikan kepada :
i)
Kelompok
Tugas ~ bersama menyelesaikan suatu tugas/pekerjaan
ii)
Kelompok Kepentingan ~ individu
yang bekerjasama untuk mencapai sasaran
khusus
iii)
Kelompok Persahabatan ~ kelompok
yang ditetapkan bersama-sama kerana memiliki satu atau lebih sifat yang sama Kita
saling bergantung dan bergabung kelompok kerana :
a)
keamanan
b)
status
c)
harga
diri
d)
afiliasi
e)
kekuatan
f)
pencapaian
tujuan
Pengkelasan Kelompok dalam Ras
Masyarakat
Ciri-Ciri
Setiap Masyarakat Ras
1.
Caucasoid (Orang-Orang Eropah Putih)
- bibir
nipis, kulit putih, mata besar, rambut lurus, tinggi, hidung mancung
2.
Negroid (Orang-Orang Negro Hitam) - kaki
kurus, rambut kerinting, mata besar, bibir tebal, tinggi, kulit hitam
3.
Mongoloid (Orang-Orang - hidung
peset, kulit berwarna, badan kecil, mata agak kecil, rambut lurus atau kerinting
4.
American Indian (Orang Asli Amerika
‘Red-Indian’) - hidung
sederhana, kulit merah, bentuk muka bersegi, rambut lurus, mata besar
5.
Austroloid (Orang Asli - kulit
kelabu, rambut kerinting, hidung besar, mata besar Beberapa
permasalahan terdapat didalam membentuk ras dinegara kita yang diantaranya adalah :
a)
perbezaan capaian
b)
jurang sosial c) pengekalan identiti
d)
monopoli
e)
budaya
f)
prasangka
g)
stereotaip
h)
ethnocentrisme ‘Demografi’
mula digunakan oleh Achille Guillard (1885) dalam karyanya “Elements of Human Statistiks or Comparative
Demography’. Berasal dari perkataan ‘demos’ bermaksud rakyat
atau penduduk disuatu kawasan; ‘grafein’ bermaksud menggambarkan atau menulis
tentang sesuatu perkara. Oleh itu, demografi bermaksud
‘tulisan atau karangan tentang rakyat atau penduduk di sesuatu lokasi’. Demografi kelompok merupakan
analisa statistik terhadap jumlah dan komposisi penduduk disesuatu lokasi. Kajian saintifik dan statistikal
ini meliputi soal kelahiran (fertility), kematian (mortality), perkahwinan
serta migrasi dan bagaimana komponen ini berubah mengikut masa serta mempengaruhi saiz
dan taburan kependudukan manusia. Kelompok
untuk tujuan pembelajaran kelompok
i)
penumpang bas
ii)
pelajar
universiti
iii)
penonton
wayang
iv)
orang
tua melebihi 55 tahun
v)
perempuan
vi)
keluarga
vii)
pelanggan
restoren
viii)
orang
miskin
ix)
kelas Kumpulan
i), iii) dan viii) dipanggil kumpulan individu sesuatu kawasan dan dipanggil
‘aggregate’ iaitu yang melakukan sesuatu tanpa ada mempunyai hubungan nyata
antara satu sama lain Kumpulan
iv), v) dan ix) dipanggil ‘kategori sosial’ kerana
mempunyai ciri-ciri yang sama tetapi tidak mempunyai hubungan yang nyata Kumpulan
vi) dan vii) dinamakan ‘kelompok sosial’ kerana
pempunyai ciri yang sama iaitu hubungan tertentu, mempunyai perasaan kekitaan,
kepentingan atau minat dan aktiviti yang sama. Demografi kelompok di Buletin Perangkaan
Diubahsuai daripada
Jabatan Perangkaan Kepelbagaian
masyarakat ini memerlukan usaha berterusan untuk membentuk masyarakat yang
saling memahami antara satu sama lain khususnya
apabila berlaku pertembungan budaya. Sufean Hussein (1996) integrasi
bermaksud menyatukan etnik-etnik atau kelompok-kelompok yang terasing pada
asalnya kepada satu bentuk lain yang tersendiri. Mengikut
Khalid Yaakub (1982) pula, integrasi pula merupakan proses
menyatupadukan secara budaya dan sosial kelompok-kelompok sosial yang
berbeza-beza kepada satu unit yang mempunyai identiti yang umum dan tersendiri.
Mengikut Mohd Salleh Lebar (1998),
integrasi yang diterima atau yang biasa dikehendaki ramai adalah satu proses
yang
Perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu integrasi dan asimilasi.
Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu
identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi
kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
Asimilasi pula ialah satu proses bagaimana kumpulan
kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke
dalam kumpulan etnik yang lebih besar.
Segregasi
merupakan pemisahan atau pengasingan kumpulan etnik dengan etnik lain dalam
sesebuah negara sama ada disebabkan oleh kawasan
kediaman, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Mudahnya, kita ada empat komponen mendukung perpaduan dan satu
cabaran perpaduan. Cabaran itu ialah segregasi.
Bila MCA minta tender lebih, timbul keadaan segregasi atau
keterpisahan yang dipisahkan oleh parti politik. Akomodasi pula adalah sesuatu keadaan apabial satu
kelompok yang berkonflik bersetuju untuk menghentikan dan mengelakkan konflik
apabila adanya interaksi secara aman. Mereka hidup secara
harmoni dan menghormati antara satu sama lain. Pada
peringkat pusat , setiap etnik menghantar wakil yang
mewakili etnik masing-masing. Contohnya di Switzerland, wakil etnik Jerman,
Perancis dan Itali bersatu dengan baik. Akulturasi adalah suatu
proses sosial yang timbul
manakala suatu kelompok
manusia dengan
kebudayaan
tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing. Kebudayaan asing itu lambat laun diterima dan diolah ke dalam
kebudayaannya sendiri tanpa menyebabkan hilangnya unsur kebudayaan kelompok itu
sendiri.
Perpaduan memerlukan satu usaha yang
berterusan khususnya melalui pendidikan demi sebuah bangsa
Selain ras dan perbezaan fizikal, bahasa,
adat, budaya dan agama, sekarang jurang ekonomi, lokasi residensi dan pekerjaan
juga menyebabkan masyarakat negara ini menjadi semakin kompleks dan berbeza.
Itulah sebabnya Perdana Menteri, Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini menyuarakan bahawa sangat penting
untuk kita mengetahui apakah asas-asas bersama (common ground) kehidupan
antara etnik di
Tiga asas bersama tersebut ialah menghormati Perlembagaan negara, berkongsi kuasa politik dan ekonomi secara adil serta membina sistem pendidikan yang dipersetujui bersama.
Persoalannya bagaimana untuk menguruskan
hubungan etnik di
Profesor Robert Park, ahli sosiologis hubungan etnik dalam bukunya The Nature of Race Relations (1950) menegaskan, hubungan etnik secara lumrahnya akan wujud bila dua atau lebih kumpulan yang berbeza budaya, agama dan adat berada dalam ruang yang sama.
Situasi hubungan etnik hanya wujud bila kumpulan tersebut menyedari adanya perbezaan. Jika mereka tidak menyedari atau mengambil sikap mengabaikan perbezaan itu, maka hubungan etnik tidak akan menjadi satu isu yang perlu diuruskan.
Dua kerangka utama yang sering digunakan untuk memahami hubungan etnik ialah model asimilasi dan juga model pluralisme. Asimilasi merujuk kepada usaha untuk meningkat kebersamaan dan keserasian antara etnik di sesebuah negara.
Maka itu Perlembagaan Persekutuan dibentuk untuk mewujudkan kebersamaan tersebut. Penarafan Bahasa Melayu dan agama Islam sebagai entiti rasmi negara adalah strategi untuk membina kebersamaan tersebut.
Malah cadangan pembentukan sekolah satu
aliran juga sebenarnya satu lagi usaha untuk membina keserasian antara kaum. Kerangka asimilasi boleh dijayakan menerusi empat peringkat utama iaitu asimilasi budaya, struktur, psikologi dan biologikal.
Model pluralisme pula merujuk kepada usaha menjayakan hubungan dengan meraikan kepelbagaian etnik melalui budaya, sukan, muzik, fesyen dan makanan.
Ia akan membina toleransi identiti dan seterusnya meningkatkan usaha hubungan etnik.
Bagi menjayakan hubungan etnik ini, yang utama ialah seluruh rakyat menghayati dan memahami Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan hubungan etnik sebagai asas bersama. Kegagalan memahaminya akan menyebabkan kita kembali berpolemik.
Kajian oleh Nur Atiqah T. Abdullah (2006) di Pusat Pengajian Umum UKM mengenai Perlembagaan Persekutuan menunjukkan, tahap pengetahuan responden daripada semua etnik masih rendah.
Maka tidaklah hairanlah apabila sebahagian besar rakyat dengan begitu mudah berjaya dieksploitasi oleh ahli politik yang berkepentingan peribadi. Pengetahuan yang rendah akan mendedahkan rakyat kepada risiko perbalahan antara kaum dan menjejaskan kestabilan negara.
Perlembagaan Persekutuan merupakan sumber tertinggi perundangan negara. Semua undang-undang yang digubal perlu memenuhi semangat dan aturan yang termaktub di dalamnya.
Satu bangsa
Penelitian dokumen Perlembagaan Persekutuan (cetakan terbaru - sehingga 5 Mac 2008) menunjukkan, daripada 183 Perkara, tujuh menyentuh isu hubungan etnik.
Antaranya ialah Perkara 3 yang menyatakan,
Islam adalah agama rasmi
Perkara 8 berkaitan dengan jaminan sama rata daripada segi undang-undang dan semua warganegara berhak mendapat perlindungan tanpa membezakan agama, kaum, keturunan, tempat lahir dan jantina.
Perkara 11 mengenai kebebasan beragama. Penganut mana-mana agama dibenarkan menguruskan hal ehwal agamanya melalui persatuan dan yayasan serta menjana dan memiliki harta mengikut undang-undang.
Perkara 14 pula berkaitan dengan jaminan sebagai setiap rakyat yang layak berhak untuk memiliki kewarganegaraan.
Penting hak ini difahami oleh semua kaum sebagai menghargai pengorbanan orang Melayu dan pribumi lain yang bersedia membuka jalan untuk kaum Cina dan India menjadi warganegara semasa peringkat awal kemerdekaan dahulu.
Perkara 149 pula melibatkan usaha pengawalan sensitiviti berkaitan hubungan etnik melalui pencegahan kepada perlakuan subversif seperti hasutan serta penghinaan terhadap kumpulan etnik yang lain.
Perkara 152 pula berkaitan pengiktirafan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Namun liberalisasi toleransi yang tinggi kepada seluruh warganegara menyebabkan tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan bahasa lain untuk tujuan komunikasi umum.
Sementara itu, Perkara 153 pula menyatakan
mengenai kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan
Hak ini diberikan dengan jaminan bahawa orang bukan Melayu tidak akan dipinggirkan daripada perancangan serta turut menikmati sepenuhnya kemajuan ekonomi negara.
Maka, keputusan untuk tidak meneruskan penggubalan Akta Hubungan Kaum menunjuk sikap positif kerajaan berkaitan hubungan kaum di negara ini.
Sebagai alternatifnya, sangat penting untuk merangka satu dasar hubungan etnik dan perkemaskan pelaksanaannya sebagai satu proses mendidik generasi muda. Sekurang-kurangnya, mereka tidak mudah dieksploitasi oleh pemimpin politik berkepentingan sehingga boleh mengucar-ngacirkan kestabilan negara.
Semoga hubungan etnik di negara ini akan berkembang subur dan menjadi contoh kepada negara lain di dunia.
Matlamat Perpaduan Negara
a. Memupuk dan meningkatkan semangat patriotik dan kesetiaan
kepada negara serta rasa megah sebagai rakyat
Perpaduan negara tidak akan
tercapai sekiranya rakyat tidak sanggup memberikan sokongan yang padu kepada
dasar-dasar yang diperkenalkan. Kesanggupan ini akan
lahir secara semula jadi.
Sekiranya semangat patriotik dan kesetiaan kepada negara
dapat dipupuk dari awal, kebanggaan menjadi rakyat Malaysia dapat disemai di
kalangan semua rakyat, perasaan megah ini dengan sendirinya akan menjadikan
seseorang itu bangga untuk bergelar rakyat Malaysia.
b. Mengurangkan polarisasi antara dan sesama kaum, agama dan wilayah.
Polarisasi antara kaum dan sesama kaum, agama dan wilayah
merupakan faktor utama yang boleh menggugat perpaduan negara.
Perasaan membezakan antara kaum dan sesama kaum dan
wilayah akan menimbulkan perasaan curiga dan benci
kepada anggota masyarakat dari kaum dan wilayah yang berlainan.
Perasaan seperti ini akan
menimbulkan ketegangan sesama kaum, agama atau wilayah dan berisiko tinggi
dalam mencetuskan konflik dalam masyarakat. Oleh itu, ia
perlu dielakkan dan ditangani dengan sebaiknya.
c. Meningkatkan keharmonian antara dan sesama kaum, kebudayaan dan agama,
semua lapisan dan golongan masyarakat
Kepelbagaian kaum, budaya dan agama di negara sememangnya
merupakan hakikat dan satu aset yang amat membanggakan.
Pengiktarafan dan penerimaan hakikat ini serta
persefahaman di antara agama dan keakraban antara tamadun, perlu dijadikan
langkah strategik untuk meningkatkan keharmonian antara kaum dan sesama kaum,
kebudayaan dan agama.
d. Meningkatkan Integrasi Wilayah antara Sabah dan Sarawak dengan Negeri-Negeri
Semenanjung dan antara Semua Negeri Di Dalam Persekutuan
Walaupun
Dari segi fizikal, perbezaan ini menampakkan masih
terdapat jurang perbezaan yang melibatkan infrastruktur asas seperti sistem
perhubungan, kesihatan dan pendidikan.
Usaha mengatasi jurang perbezaan akan
menyumbang ke arah pengukuhan perpaduan negara.
Selain itu, terdapat perbezaan persepsi akibat daripada
integrasi yang masih berkurangan di antara Sabah dan
Usaha harus dipertingkatkan dalam menggalakkan proses
integrasi ini agar perasaan perbezaan wilayah ini tidak akan
membantutkan usaha untuk membina sebuah bangsa
Integrasi wilayah juga perlu dipertingkatkan sesama negeri
di Semenanjung
e. Bergerak ke arah mewujudkan bangsa Malaysia
Wawasan 2020 telah menggariskan matlamat untuk membina
sebuah bangsa
Sejak sekian lama proses pemupukan perpaduan negara
dilaksanakan melalui beberapa dasar kebangsaan seperti Dasar Pendidikan Negara,
Dasar Kebudayaan Negara, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional,
menyebabkan kita dikenali mengikut takrifan kaum, agama dan wilayah.
Justeru, kewujudan sebuah bangsa
f. Menangani Semua Cabaran Wawasan 2020
Wawasan 2020 telah menggariskan sembilan cabaran yang
menjadi sasaran negara demi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.
Dalam usaha mencapai sasaran-sasaran tersebut, banyak
cabaran yang perlu ditempuhi. Justeru itu, proses pengukuhan perpaduan negara adalah amat penting
kerana hanya dengan kewujudan perpaduan, membolehkan segala cabaran Wawasan
2020 dapat ditangani.
Kesimpulan
Perpaduan negara adalah tonggak kepada kesejahteraan
rakyat dan kemakmuran negara. Hakikat bahawa masyarakat
Bersandarkan kepada hakikat tersebutlah, maka kerajaan
dilihat begitu sensitif dan prihatin dalam merangka strategi dan pendekatan
untuk mewujudkan keharmonian antara kaum, agama dan wilayah melalui pemupukan
nilai-nilai sejagat yang murni, termasuk hormat-menghormati, toleransi dan
saling memahami sesama kaum dan sesama kaum.
Pada hari ini,
Namun, proses pengukuhan perpaduan negara perlu terus dilaksanakan kerana peredaran masa membawa bersama pelbagai cabaran baru yang boleh menjejaskan perpaduan negara.
Sumber :
Kamus Dewan (1999). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Kuala Lumpur. Syed Ismail & Ahmad Subki (2008). Budaya dan Pembelajaran (2008) . Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd ISBN 978-967-5451-04-1 Ting Chew Peh (1985) Konsep Asas Sosiologi. Dewan Bahasa Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur
Hubungan Etnik http://khai89.wordpress.com/pengalaman/ Hubungan Etnik di Malaysia http://ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102008/29-96-3.pdf Konflik Etnik dan Ras http://sarjana.tripod.com/konflik1.html Orang Cina Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Cina_Malaysia Orang India Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_India_Malaysia Orang Melayu Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Melayu Teori Perhubungan Etnik http://www.usm.my/ipptn/v2/documents/MonographsIPPTN/Monograf%206,%202005%20Integrasi%20etnik%20di%20IPTA/Bab%202.pdf Pengukuhan Perpaduan Negara http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=print&sid=2523
|
Dibina pada Disember 1, 2009 oleh dan dikemaskini August 07, 2012 oleh Pengendali@2006