|
|||||||
|
|
|
|||||
|
|
|||||||
|
Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah
Yang Mesra Budaya
Persekitaran bilik darjah perlulah mesra budaya supaya suasana pembelajaran menjadi kondusif untuk murid pelbagai latar bangsa dan budaya. Ianya turut mengembangkan nilai sivik yang menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang harmonis dan aman diperingkat nasional dan global.
Antara nilai sivik yang di perlukan oleh masyarakat pelbagai agama, etnik dan budaya ialah hormat-menghormati, toleransi, kasih-sayang terhadap alam sekitar, kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang dan semangat patriotik.
Matlamat bagi guru adalah mewujudkan suasana pembelajaran yang
mengalakkan interaksi dan intergrasi di kalangan murid, di dalam dan di luar
bilik darjah. 5.
Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya Pengurusan fizikal bilik darjah bermaksud
satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama dan campurtangan ahli untuk
mencapai objektif organisasi atau kumpulan dalam sesuatu gerakerja. Proses yang dimaksudkan adalah merancang,
mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah merupakan
Sumber: http://visual.merriam-webster.com/society/education/school/classroom.php Pengurusan
bilik darjah yang dinamik adalah untuk pembinaan modal insan yang menjurus
kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ianya memerlukan
pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. 5.1
Pengurusan Persekitaran Fizikal Guru harus
memiliki Lemlekh
(1988) menjelaskan bahawa pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam
kehidupan. Memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosedur dan
sumber pengajaran. Keutamaan ditumpukan adalah
penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimumkan keberkesanan, pemantauan
perkembangan murid serta pemikiran terlebih dahulu mengenai maslaah-masalah
yang mungkin timbul. Marzano
(2003) menyatakan tindakan guru dalam bilik darjah mempunyai impak dua kali
ganda dalam pencapaian murid berbanding polisi sekolah berkenaan kurikulum,
penilaian kerjasama antara guru dan penglibatan masyarakat. Peralatan
asas bagi sesebuah bilik darjah adalah papan tulis, papan kenyataan, ruang yang
selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, bahan bacaan, bahan
bantuan mengajar serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan. Susunan
kerusi dan meja boleh memberikan kemudahan mengadakan aktiviti pembelajaran
berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan; cahaya yang mencukupi serta
peredaran udara secukupnya. Papan
kenyataan yang dilengkapi jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi,
pelan keselamatan, sudut matapelajaran, sudut bacaan, kata-kata motivasi, pengunaan
laman web, komputer dan CD serta LCD. Kejayaan
guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif bermakna
guru berjaya membentuk budaya berdisiplin, kerjasama, sayang kepada keindahan
alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan berkualiti yang melambangkan
sebahagian daripada keimanan.
Peraturan
keselamatan dan amalan bilik darjah juga membantu mengawal dan mencorakkan
tingkahlaku dan disiplin murid.
Pelanggaran peraturan akan dibantu dengan memberi
nasihat, amaran dan tindakan. Tindakan yang diambil hendaklah
berbentuk mendidik dan bukannya menghukum. Ruang
dan pergerakan harus diurus lebih fleksibel. Kebersihan dan
keindahan bilik darjah merupakan elemen meningkat nilai murni dalam diri
seperti rasa bertanggungjawab, perasaan kekitaan dan berbangga dengan kelas
sendiri. 5.2
Pengurusan Persekitaran Sosio-Emosi Pengurusan
sosio-emosi yang berkesan akan menjadi perangsang yang
membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang murid kearah mencapai matlamat
termasuk minat, sikap dan tingkah laku terhadap pembelajaran mereka.
Woolfolk Guru boleh memberikan pujian dan galakkan kepada murid untuk terus terlibat dalam aktiviti-aktiviti di bilik darjah. Penghargaan yang sesuai dengan penglibatan; ganjaran dalam bentuk hadiah atau token ekonomi boleh diberikan kepada murid.
Peneguhan
positif penting untuk menambah kebarangkalian gerak balas daripada murid. Peneguhan
negatif yang diberi boleh membawa kesan yang tidak menyeronokkan.
Guru harus mengurus emosi murid dengan berkesan supaya mereka
dapat menerima hakikat terhadap kekuatan dan kelemahan mereka. Murid perlu
belajar menerima diri, orang lain dan semulajadi sekara seadanya.
Mereka
yang stabil emosi akan mempunyai minat yang mendalam,
di senangi kawan, menerima demokrasi sekara terbuka, suka berjenaka dan paling
utama mampu menanggung konflik yang berlaku. Emosi
murid harus di urus dengan penuh bijaksana supaya mereka tidak berada dalam
kebimbingan. Emosi harus di urus dengan berkesan untuk membangkit naluri ingin
tahu dan mengelak dari mereka berputus asa.
Emosi
harus di urus dengan cara hubungan positif; guru harus
mengamalkan kepimpinan demokrasi dengan tidak terlalu mengongkong murid; perlu
mengambil berat keperluan fisiologi dan akademik murid dengan pengajaran
mengunakan pendekatan asertif dan berpusatkan murid. Hubungan
positif sesama rakan kelas perlulah dibina; mereka harus diberi peluang
bersosial dan mengutamakan semangat kerjasama dan memahami emosi rakan. Murid
boleh mengunakan bahan mainan bagi menjelaskan perasaan dan menyelesaikan
masalah sosio-emosi.
Nilai-nilai murni, keyakinan, inisiatif pergaulan diri dan
inisiatif pergaulan serta persefahaman perlu dikembangkan bagi mengalakkan
menghasilkan keputusan yang bertanggungjawab dan berkesan. 5.3
Perhubungan Antara Kelompok Etnik Linton
(1945) menyatakan kebudayaan adalah segala yang dipelajari dan di ulangi dalam
sesebuah masyarakat iaitu warisan sosial ahli-ahli masyarakat.
Mesra bermaksud suatu hubungan erat yang terjalin
antara individu di dalam sesuatu masyarakat. Mesra
budaya ini merupakan suatu budaya yang dipersetujui oleh semua ahli dalam suatu
komuniti dan mereka mengiktiraf budaya itu sebagai suatu amalan yang murni. Generasi
muda wajar membaca dan memahami serta menghayati ‘roh’ perlembagaan negara dan
kontrak sosial yang diamalkan dinegara ini. Golongan
muda disarankan memahami Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak setiap
rakyat Kementerian
Pengajian Tinggi mewajibkan pelajar tahun satu mengikuti kursus Hubungan Etnik
sejak Oktober 2004.
Modul Hubungan Etnik ialah unsur tradisi Perlembagaan Orientasi sosial di dalam bilik
darjah menentukan apa yang patut diamalkan dan apaka perkara yang tidak
sepatutnya di lakukan di dalam bilik darjah; ini termasuklah orientasi sikap
dan tanggungjawab, orientasi belajar, orientasi pengunaan masa dan orientasi
penyesuaian dan pergaulan. Tajuk
pembelajaran berkaitan kepelbagaian budaya masyarakat harus dipilih dan setiap
murid perlu diberi peluang untuk berorientasi dan berbincang tentang perayaan
masing-masing. Penerapan budaya dan nilai murni dari etnik yang berlainan dapat di
serapkan di dalam objektif pembelajaran. Guru harus
adil, tidak bersikap pilih kasih, berat sebelah dan sentiasa peka terhadap
budaya murid tanpa mengira latar belakang mereka; dan guru tidak boleh
merendahkan dan memburukkan walau apa pun etnik
mereka. Aktiviti
dan program yang dirancangkan tidak harus menyentuh isu-isu sensitif yang mampu mengguriskan perasaan mana-mana pihak. Guru hendkalah
menerapkan nilai murni, kepentingan perpaduan, bertolak ansur dan bekerjasma
dalam mengekal keamanan dan kesejahteraan tanpa mengira etnik atau warna. 5.4
Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Pengurusan
pengajaran dan pembelajaran adalah aspek terpenting yang perlu diberi perhatian
serius agar pembaziran waktu tidak akan berlaku. Pelan
tindakan strategik bagi mata pelajaran yang diajar perlu disediakan dan aspek
kekuatan, kelemahan, peluang dan halangan hendaklah disertai dengan perancangan
Peningkatan profesionalisme guru di lihat dalam aspek kebolehan mencorak kualiti pengajaran, kebolehan menyusun organisasi pembelajaran, kebolehan mencorak iklim dalam kelas dan mencorak perkembangan murid.
Guru berperanan
sebagai pendidik, pemudahcara, pemimpin, pembimbing, penilai, perancang,
perunding dan pendorong kearah Guru perlu bijaksana dan teliti dalam perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan rekfleksi.
Guru juga perlu
merancang kurikulum, sukatan, huraian sukatan, buku teks, rujukan tambahan dan
maklumat tambahan termasuk laman web. Inovasi
dan kreativiti pengajaran dan pembelajaran agar tidak beku dan kaku perlu
diberi perhatian.
Penyediaan perancangan kemajuan murid, merangka kerja
tahunan, menyediakan ujian, penilaian dan pentaksiran. Perancangan
yang berkualiti menjamin peningkatan kuantiti dan kualiti dalam proses
perkembangan pembelajaran serta hasilannya. Pembelajaran
yang bermakna melibatkan proses memahami, berfikir, berbincang, membuat
pertimbangan, menganalisis, kognitif, bagi mengembangkan minda murid dan
diperluas kepada kemahiran komunikasi, penyesuaian diri, kemahiran bersosial
dan perkembangan tingkahlaku. Prinsip
umum pembelajaran ialah meningkatkan dan mengekalkan rasa kejayaan, meluaskan
tahap intelektuan, kerohanian, kekuatan emosi, keteguhan jasmani, merangsang
minat dan menghasilkan keseronokkan, memberi ruang dan peluang untuk mengatasi
kelemahan, tidak menakut dan mengugut murid, tidak membiarkan kegagalan
berterusan, pembelajaran yang realistik dan boleh dilakukan mengambil kira
kemampuan murid. Pembelajaran
perlulah selaras objektif
iaitu apa yang hendak dikuasai oleh murid dan mampu mencabar
kebolehan murid bagi mengembangkan potensi mereka. Objektif yang dirancang
perlulah tepat, jelas dan mampu dicapai oleh murid
pelbagai budaya dan latar belakang. Pengurusan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan menjayakan proses penyampaian
ilmu pengetahuan,kemahiran,nilai dan sikap yang
membawa kepada perubahan kepada tingkahlaku murid. Teknik dan kaedah mestilah sesuai dengan kumpulan sasaran; isi dan aktiviti perlulah melibatkan interaksi murid pelbagai budaya.
Pengesanan
dan penilaian perlu dijalankan untuk memastikan penambahbaikan dijalankan dalam
pengaajaran berikutnya.
Bagi peringkat pelaksanaan, penyampaian pengajaran berdasarkan objektif yang
dirancang perlulah dipatuhi, motivasi yang bersesuaian supaya mereka memahami
perbezaan diantara mereka perlu dititikberatkan. Aplikasi
sumber yang hendak digunakan mestilah selaras dengan kaedah dan teknik yang di
pilih. Semasa
kelas dijalankan,adalah digalakkan murid bertanya dan
bersoal jawab serta mempunyai perasaan ingin tahu. Interaksi yang aktif dikalangan
murid hendaklah dijalankan. Guru perlu menjadi role
model kepada pelajar. Guru harus menjadi pengerak kepada pembelajaran berpusatkan
murid. Perbezaan budaya harus menjadi pencetus minda dan motivasi kearah
pembelajaran aktif, interaktif dan
konstruktif. Guru boleh membantu menyediakan bahan berasaskan teknologi,
eletronik, bukan elektronik atau sumber lain. Murid
terlibat dengan berkongsi pengalaman berasaskan tugas dan kejadian sebenar. Tugasan boleh
dijalankan secara koloborasi dan koperatif. Pelaksanaan
aktiviti dapat dilaksanakan dengan mengawal masa
dan menyusun aktiviti sekara berkesan. Proses ‘brain breaks’ atau ruang merihatkan minda juga perlu diberikan. Pengurusan
pengajaran pembelajaran perlu dirancang supaya murid saling bergantung antara
satu sama lain sekara positif, saling berinteraksi sekara bersemuka dan memupuk
semangat tanggungjawab individu kearah pemprosesan berpasukan. Ini
membolehkan murid menjadi lebih berani, yakin dan berwibawa dan melahirkan
murid yang lebih rasional, beretika, hormat-menghormati, bantu membantu diantara satu sama lain. Pengunaan instrumen yang
ditetapkan oleh bahagian yang bertanggungjawab hendaklah digunakan yang
termasuklah fokus dan hasil pembelajaran, isi kandungan mata pelajaran, set
induksi, perkembangan pengajaran dan pembelajaran, penilaian, rumusan, tugasan dan refleksi.
Set induksi
merupakan suatu proses yang diperkenalkan pada minit pertama pengajaran dengan
tujuan menarik perhatian dan mendorong murid mempengaruhi hasil pembelajaran.
Set induksi yang menarik dapat menarik minat mengenai tajuk yang ingin disampaikan dan memberi gambaran awal sebelum memulakan tajuk yang sebenar, mendorong murid untuk mengetahui isi pengajaran dan pemusatan mental murid kepada suatu konsep atau pendekatan.
Set
induksi boleh disediakan dalam pelbagai bentuk dan kaedah yang menarik seperti
tayangan seduutan filem, nasyid, pantun, puisi, persembahan atau lakonan,
permainan, soal jawab, mempamer suatu bentuk atau objek, pernyataan kontrovesial, klip video suatu
panorama, satu persoalan yang mencabar minda murid.
Set
induksi hendaklah disediakan tentang apa yang dapat dikaitkan dengan hasil
pembelajaran, isi pelajaran,
mendorong minat murid terhadap tajuk dan dimulakan dalam keadaan
murid sudah bersedia serta dalam jangkamasa satu hingga Perkembangan
isi pelajaran berlaku sekara berurutan dengan set induksi dan berlaku dalam
tiga aras ;
i)
aras
pertama adalah aras asas dan semua murid
yang hendak di ajar hendaklah menguasai aras ini atau dikehendaki mengikuti
program pemulihan seperti menyediakan soalan yang mudah, memahami nota ringkas
guru
ii)
aras
kedua adalah meneruskan perkembangan selanjutnya, guru membuat penilaian dan
yang gagal dikehendaki mengikuti program pemulihan dengan pendekatan yang lebih
sesuai
iii)
aras
ketiga adalah aras sehingga selesai dan di ikuti penilaian yang terakhir di hujung
pengajaran dan pembelajaran Perkembangan
isi pelajaran bermula dari yang mudah kepada yang lebih kompleks; disusun
mengunakan kaedah dan teknik
pengajaran yang sesuai dengan kemampuan serta menarik minat murid
untuk menghayati ilmu yang diterokai. Aktiviti
hendaklah dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan dimana semua pelaksanaan
dapat dinyatakan, difahami sementara sebahagian murid dapat menganalisa, membandingbeza dan
dapat membuat penilaian. Penyerapan
dengan mata pelajaran lain termasuk prinsip Islam Hadhari, penggabung jalinan
dengan tajuk-tajuk lain serta penerapan nilai harus diuruskan dengan bijaksana. Pengajar
perlu mengunakan pelbagai kaedah, teknik bagi meningkat penguasaan ilmu
disamping menjana kemahiran berfikir, berkomunikasi, berinteraksi, menulis,
berhujah, berimiginasi dan sebagainya bagi membentuk kemenjadian murid. Kemahiran
mengunakan sumber yang sedia ada seperti alat bantuan mengajar, bahan bantuan
mengajar, kemudahan teknologi maklumat dan telekomunikasi, bahan rujukan dan maklumat
tambahan dan sebagainya menjadi inspirasi guru untuk memudah dan mempercepatkan proses
pengajaran dan pembelajaran. Sumber
pengajaran dan pembelajaran hendaklah relevan dengan hasil pembelajaran serta
isi pembelajaran dimana sumber dapat mempercepatkan dan menjimat masa
pembelajaran, menarik minat
murid dan boleh disertai oleh
semua murid. Maklumat dari sumber berkenaan adalah tepat, pengolahan yang mudah
difahami, senang
digunakan dan boleh diubah dan sesuai
dengan keadaan semasa. Apabila seluruh potensi insan dibangunkan sekara integrasi atau bersepadu, bakal melahirkan insan yang berketrampilan yang mampu menyumbang segala kebolehan untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara.
Inikah hati yang di maksudkan ?
Hati
adalah penentu dalam pembangunan insan kerana hati menjadi punca penggerak dan
keinginan manusia dan dari hati juga lahirnya pertimbangan dan nilai sesuatu
amalan. Hati
perlu menjalani proses pendidikan supaya lahirnya hati yang bersih, baik dan bermanafaat. 5.5
Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian Pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid.
"Pedagogi ialah kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal. Dengan kata lain, ia adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Secara umumnya pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru-pelajar. Dari segi etimologinya, perkataan Pedagogi datangnya daripada bahasa Yunani paidagogos, hamba yang menghantar dan mengambil budak-budak pergi balik dari sekolah. (lihat Paideia.) Perkataan “paida” merujuk kepada kanak-kanak, yang menjadikan sebab kenapa sebahagian orang cenderung membezakan antara pedagogi (mengajar kanak-kanak) dan andragogi (mengajar orang dewasa). Perkataan Yunani untuk pedagogi, pendidikan, adalah digunakan dengan lebih meluas, dan seringkali kedua-duanya boleh ditukar guna." Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pedagogi Penekanan
diberikan kepada pengintegrasian pengetahuan, kemahiran asas serta nilai murni
bagi perkembangan menyeluruh dari kepelbagaian kebolehan dan budaya murid. Konsep
kebudayaan dalam sosiologi, dikatakan cara hidup
yang dipelajari, diubahsuaikan dan diturunkan dari generasi ke generasi.
Dari sudut perspektif ahli fungsionalisme, sekolah dilihat berfungsi sebagai proses sosialisasi
mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat mereka dan guru
bertanggungjawab memenuhi keperluan murid tanpa
prejudis. Konsep
modal budaya merujuk kepada individu yang mewarisi dan memperolehi keupayaan
bahasa dan budaya dari keluarga dan masyarakatnya. Pierre
Bourdieu (1930) dalam kajiannya menyatakan pencapaian persekolahan seseorang
individu adalah berkaitan rapat dengan latar belakang kebudayaan ibubapanya dan
tahap pendidikan ibubapa mempengaruhi
pencapaian persekolahan anak-anak mereka daripada kedudukan kerjaya mereka dalam masyarakat.
Diantara teknik dan kaedah
yang boleh di gunakan adalah ;
5.6
Pedagogi Kelas Bercantum Di
wujudkan apabila
bilangan murid dalam satu tahun persekolahan adalah kurang dari
15 orang. Sesebuah kelas Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 dicantum
jika bilangan murid tidak mencukupi. Kelas
bercantum juga wujud dalam sesebuah sekolah yang bilangan muridnya kurang dari
145 orang. Bilangan guru besar dan
guru pula tidak melebihi 5 orang. Guru akan mengajar lebih dari satu tahun persekolahan sekara
serentak dalam kelas bercantum. Bangunan sekolah terdiri dari
pondok-pondok kecil dan biasanya kurang lengkap. Guru
mengajar sekara
berkumpulan dan
berpusatkan murid; tujuannya adalah membolehkan murid aktif dan memenuhi keperluan mereka yang mempunyai
pelbagai kebolehan. Murid akan
mengikuti mata pelajaran mengikut aktiviti yang diperingkat mengikut tahap
pencapaian mereka; sekara langsun dapat diberi peluang untuk memberikan
pendapat kepada rakan sekelas
walaupun dari pelbagai kecerdasan yang berbeza. Guru juga
mengunakan kaedah perbincangan, yang melibatkan perbualan antara guru-murid dan
murid-murid didalam
sebuah kelas. Perbincangan boleh sekara keseluruhan kelas
yang biasanya diketuai dan diarahkan oleh guru atau perbincangan sekara
kumpulan kekil yang diketuai murid. Guru perlu bijak melaksanakan kelas cantum kerana terdapat aras
perbezaan yang agak ketara dalam diri murid; kelemahan mengunakan pedagogi yang
sesuai akan menjejaskan dan merencatkan minat murid. 5.7
Sosiologistik Sosiologistik
adalah gabungan perkataan sosio dan linguistik yang menunjukkan bidang ilmu
adalah perpaduan sosiologi dan linguistik. Perbahasan pokok dalam ilmu adalah
masyarakat dan bahasa.
Sosiolinguistik
adalah ilmu interdisiplin yang membincangkan dan menyusun teori tentang
perhubungan masyarakat dan bahasa yang dituturkan dalam komunikasi seharian.
Maksud
masyarakat dalam ilmu linguistik adalah mencakupi kajian mengenai pihak yang
terlibat dalam interaksi kelompok besar dan kekil, fungsi kelompok,
pertembungan antara kelompok, sektor sosial, perhubungan dan perbezaan dari
segi bahasanya. Maksud
istilah bahasa mencakupi gagasan seperti perbezaan kod-kod antara bangsa
seperti bahasa Ragam
regional dari satu kod adalah seperti bahasa Melayu Ragam
kelompok sosial adalah seperti bahasa golongan bangsawan, kelas tinggi dan rendah dan ragam
stailistik melibatkan situasi rasmi, santai, intim dan sebagainya. Kesemuanya ini diamati dengan memberi perhatian kepada ciri pola
bunyi dan sebutan, kosa kata, ciri tatabahasa atau tahap makna iaitu semantik.
Sosiologi
adalah ilmu yang mempelajari struktur masyarakat dan proses kemasyarakatan
termasuk di dalamnya perubahan-perubahan masyarakat. Sosiologi
adalah ilmu kemasyarakatan yang mutlak dan abstrak yang memberi pengertian
umum, rasional dan emperikal serta bersifat umum (Soekanto 1982:50). Linguistik
adalah ilmu yang mengkaji bahasa sebagai bentuk lisan dan tulisan; linguistik
memiliki rumus yang menjelaskan system, rasional, emperikal dan kesimpulan
sebagai pemberian daripada kenyataan struktur, penggolongan dan rumus-rumus
bahasa termasuklah pernyataan kekekualian. Bahasa itu
sendiri adalah alat untuk berkomunikasi dalam proses sosialisasi, yang diberi
pemerian sekara formal dan abstrak atau kadang-kadang kaku oleh linguistik. Linguistik
khususnya di Amerika menurut Fishman (1968:7) sehingga pertengahan pertama abad
kedua puluh adalah ‘disiplin normal’ yang hamper sejajar dengan matematik yang
abstrak. Bidang ini memberi tumpuan ke atas analisis struktur
bahasa dan pendekatan psikologis dan sosiologis dianggap berbahaya dan
menyesatkan. Pada
pertengahan 1960an pula, penemuan kembali antara kedua bidang ilmu ini, dan
kesedaran baru khususnya dalam kalangan ilmuan Amerika akan
hubungan yang tidak boleh di pisahkan antara perilaku bahasa dan perilaku sosial
(Loveday, 1982:2). Istilah
sosiolinguistik baru muncul dalam karya Haver C. Currie yang menyarankan supaya
di selidiki perhubungan antara perilaku ujaran dengan status sosial ahli
masyarakat (Dittmar, 1976:127). Dell
Hymes (1962) menyebut sosio-lingusitik sebagai etnografi pertuturan. Mereka
yang meminati bidang mempelajari metod dan alat yang digunakan dalam kelompok sosial
di panggil ethnomethodologis. Dell Hymes
mengutarakan konsep sosiolingusitik sebagai kecekapan berkomunikasi Variasi
dan aneka bahasa dihubungkan dengan kerangka sosial para penuturnya Pemanfaatan
unsur-unsur bahasa dalam politik adalah sasaran kajian sosiolinguistik
terutamanya bagi menentukan bahasa asing untuk diajar disatu negara. Aspek
sosial dalam bilingualisme dan multilinguisme adalah penting seperti
code-switching. Tujuh
dimensi dalam penyelidikan sosiolinguistik yang dirumuskan oleh Dittmar
(1976:128) dalam konferens di UCLA , 1964 ialah :
i)
identiti sosial penuntut
ii)
identiti sosial pendengar yang terlibat dalam proses komunikasi
iii)
lngkungan
sosial tempat peristiwa perbincangan berlaku
iv)
analisis
sinkronik dan diakronik terhadap dialek sosial
v)
penilaian
sosial yang berbeza oleh penutur akan bentuk perilaku penutur
vi)
tingkatan
aneka atau ragam linguistik
vii)
penerapan
praktikal daripada penyelidikan sosiolinguistik Sosiolingusitik
adalah kajian interdisiplin yang mempelajari pengaruh budaya terhadap suatu
bahasa yang digunakan.
Bidang ini melibatkan interaksi sosial dan bahasa sesuatu
budaya. 5.8
Penilaian Berasaskan Budaya Guru perlu melaksanakan penilaian terhadap murid berasaskan
budaya yang sesuai dengan situasi di dalam kelas berkenaan. Antara
perkara yang perlu di beri perhatian adalah aturan dan kedudukan fizikal kelas
dalam kumpulan dengan kaum yang berbeza. Murid perlu diberi peluang
melakukan aktiviti bersama kaum yang berbeza, boleh memperkenalkan adat dan
kaum yang ada; penerapan nilai kerjasama dalam subjek akan
memudahkan proses penilaian terhadap murid.
Penilaian
terhadap nilai yang diamalkan merupakan garis panduan, tindakan dan pola
tingkah laku yang diingini.
Nilai yang dipilih dan diamalkan dapat mencorakkan
perkembangan tingkahlaku yang baik dan menjamin keharmonian bilik darjah.
Nilai mencakupi satu dimensi tingkahlaku sosial yang luas dan
memberi kesan kepada hubungan suasana bilik darjah, sikap dan tanggungjawab,
dorongan kejayaan dan lain-lain.
Penilaian
terhadap aspek disiplin boleh mempengaruhi suasana dan persekitaran bilik
darjah yang efektif mencerminkan adanya disiplin dalam kalangan guru dan murid. Nilai
hidup berdisiplin bermula dari bilik darjah yang bertujuan membentuk individu
yang bertanggungjawab dan dapat meneruskan amalan cara
hidup yang baik. Disiplin juga meliputi dimensi moral dan
akhlak yang mencorakkan sahsiah dan tingkah laku yang baik dan terpuji tanpa
mengira latar belakang budaya murid. Budaya
belajar murid yang dinamik akan meluaskan ruang
ekspresi, perbincangan, penyelidikan, pembacaan, penyelesaian masalah, mengasah
pemikiran kritikal dan mencorakkan murid bersifat kreatif dan seronok di
samping dapat menguasai kemahiran tertentu. Bilik darjah yang
berkesan menawarkan pelbagai peluang pembelajaran untuk membantu setiap murid
mengembangkan potensi, minat dan bakat yang berbeza.
Penilaian
terhadap aspek psikologi murid meliputi kesan pelbagai pengaruh budaya keatas perkembangan
dimensi mental, sosial, moral dan psikologi bilik darjah. Psikologi yang membina
keyakinan dan keberanian boleh mendorong satu pembentukan sahsiah dan tingkah
laku yang baik di bilik darjah. Guru diminta
membentuk sikap murid terhadap over-dependency atau terlalu bergantung kepada
guru atau orang lain untuk belajar dan mendapatkan maklumat. Orientasi
sosial bilik darjah akan menentukan apa yang patut diamalkan
dan apakah yang tidak sepatutnya dilakukan di dalam bilik darjah. Ini termasuklah orientasi sikap dan tanggungjawab, orientasi
belajar, orientasi pengunaan masa dan orientasi penyesuaian serta pergaulan
mereka. Orientasi akan menentukan iklim bilik
darjah yang akan mempengaruhi pembelajaran murid. Fungsi
organisasi ialah meningkatkan pengawalan sosial dengan mementingkan kepada
keseragaman, kestabilan dan kepatuhan. Keadaan yang tidak kondusif seperti
sesak, memberi kesan seperti tidak selesa dan bising, kurang perhatian
individu, pengabaian terhadap murid lemah dan iklim dan suasana bilik darjah
yang tegang. Faktor streaming mengikut kebolehan boleh memberi impak psikologi yang luas terutama ke atas harga diri, keyakinan dan rasa kejayaan dalam kalangan murid.
Sumber :
Kamus Dewan (1999). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Kuala Lumpur. Syed Ismail & Ahmad Subki (2008). Budaya dan Pembelajaran (2008) . Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd ISBN 978-967-5451-04-1 Ting Chew Peh (1985) Konsep Asas Sosiologi. Dewan Bahasa Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur
Hubungan Etnik http://khai89.wordpress.com/pengalaman/ Hubungan Etnik di Malaysia http://ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102008/29-96-3.pdf Konflik Etnik dan Ras http://sarjana.tripod.com/konflik1.html Orang Cina Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Cina_Malaysia Orang India Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_India_Malaysia Orang Melayu Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Melayu Teori Perhubungan Etnik http://www.usm.my/ipptn/v2/documents/MonographsIPPTN/Monograf%206,%202005%20Integrasi%20etnik%20di%20IPTA/Bab%202.pdf Pengukuhan Perpaduan Negara http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=print&sid=2523
|
Dibina pada Disember 1, 2009 oleh dan dikemaskini pada Disember 22, 2009 oleh Pengendali@2006