|
|||||||
|
|
|
|||||
|
|
|||||||
|
Kemahiran
Komunikasi Guru
Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan penting kearah pembentukan budaya penyayang. Komunikasi berkesan dapat dijelmakan
dalam cara bertutur, pengunaan bahasa badan, penulisan
dan juga pengunaan alat-alat tertentu seperti komputer, telefon dan sebagainya.
Guru yang mahir berkomunikasi dengan murid, biasanya
dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik, pembentukan akhlak,
kemahiran tertentu dapat diterapkan dengan lebih mudah dan berkesan.
Komunikasi berkesan menghasilkan motivasi berkesan,
secara berhemah dan berhikmah, nilai murni yang hendak ditanam dalam murid
melalui laluan mudah dan berkesan.
Guru
perlu memahami murid dan murid akan memahami guru;
bermaksud guru perlu mengunakan kecekapan kemahiran berkomunikasi untuk
mempengaruhi muridnya mengekal tahap motivasi dalam pembelajaran. Interaksi dalam bilik darjah melibatkan individu dan individu dan
interaksi antara individu dengan alam sekitar.
1.
Komunikasi Lisan dan Bukan Lisan
Dalam
mengembangkan kemahiran komunikasi secara lisan, guru
hendaklah
:
-
Mampu
mengembangkan kemahiran berkomunikasi
-
Lebih
kreatif dalam membentuk hubungan dinamik
-
Menyelesaikan
konflik
-
Memberi
peluang murid melahirkan pandangan
-
Menyampai
maklumat dengan lebih berkesan
-
Mendapat
maklumbalas yang benar
Guru
yang mengunakan kemahiran berkomunikasi
dapat :
-
Menghasilkan
kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran
-
Meningkatkan
kecekapan dan meluaskan skop pembelajaran
-
Meningkatkan
mutu pengajaran
Masalah
Menjejaskan Komunikasi :
Kekeliruan, salahtafsir, bahasa kasar, suara tidak
jelas, bahasa badan yang tidak sesuai, memberi tekanan emosi pada murid,
komunikasi tertutup, tidak memberi perhatian pada pengajaran dan pembelajaran
Kehebatan
Guru Bergantung :
Kejelasan suara,
Kepakaran
Guru di ukur dari aspek ;
Inisiatif,
dedikasi, perancangan, kerjasama , kepimpinan,
kepakaran, intergriti yang tekal dalam organisasi yang dapat mewujudkan
keharmonian, menunjukkan kesetiaan dan sokongan bagi menjayakan wawasan,
keaktifan dan pengurusan masa.
Pembelajaran
murid terhasil melalui proses :
Pendengaran, pemerhatian, peniruan, membuat,
eksplorasi iaitu pembelajaran yang aktif yang merangsangkan minat murid,
melalui latihan, percubaan, penglibatan dalam aktiviti pembelajaran yang
kesemuannya memerlukan kemahiran komunikasi yang berkesan.
“Interaksi adalah tindak balas peristiwa yang
memerlukan sekurang-kurangnya dua objek dan dua aksi. (Wagner, 1994). Interaksi berlaku apabila objek dan peristiwa saling mempengaruhi satu sama lain. Tindak balas ini akan menyebabkan proses komunikasi lisan berlaku, jesteru hubungan antara guru dan murid akan wujud.
Kajian
Flanders mendapati “wujud hubungan sehala antara guru dan murid melalui
komunikasi lisan seperti bersyarah, penerangan, arahan dan kritikan”. Apabila
wujud hubungan dua hala, guru akan mudah menerima
perasaan murid dengan memberi pujian dan dorongan.
Kajian
Verderber & Verderber (2002) mendapati komunikasi sebagai “proses untuk
membina atau berkongsi makna perbualan informal, interaksi dalam kumpulan atau
syarahan”. Komunikasi lisan memerlukan kedua-dua pihak
memelihara aspek kesantunan dalam komunikasi.
Rumusan Wilbur Schramm ~ Komunikasi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran (1954)
Brown
and Levinson (1978),
menyatakan bahawa “strategi kesantunan dikembang untuk menjaga
martabat pendengar dan pihak yang terlibat.”
Antara strategi
kesantunan yang biasa digunakan adalah seperti berterus terang, kesantunan positif,
kesantunan negatif dan berlaku tanpa rekod.
Ned
A.Flanders, menyatakan bahawa komunikasi lisan melibatkan interaksi antara
guru-murid. Kesenyapan merupakan sebahagian dari komunikasi
tetapi dalam bentuk bukan lisan.
Bagi
Sim, komunikasi lisan boleh melibatkan interaksi sosial dan dinamika kumpulan.
Interaksi dengan mengunakan komputer dikelasifikasikan sebagai
komunikasi lisan.
Kelebihan
komunikasi berbentuk lisan adalah :
-
cara
mendapatkan maklumat dan penerimaan mesej dari penutur
-
cara
menyampaikan maklumat dan mengetuai idea baru
-
cara
memberi panduan tentang sesuatu keadaan dan situasi di dalam kelas dengan jelas
-
cara
meningkatkan dorongan dan motivasi murid
Kelebihan
komunikasi memerlukan penggunaan teknik yang efektif; perlu mengingatkan murid
untuk memberi perhatian kepada idea dan
Komunikasi
lisan bergantung kepada kelajuan bercakap seorang guru; jika laju penerimaan
mesej akan terjejas; ketinggian suara perlu disesuai
dengan persekitaran dan bilangan audien; pengaruh bahasa juga mempengaruhi
kefahaman murid.
Komunikasi lisan membolehkan guru dan murid memahami
dan dapat merasai perasaan pengalaman rakan yang bertutur sekali pun berlainan
budaya dan latar belakang. Guru perlu
mengelak dari membebel, menilai dan menghukum.
Semua pihak
perlu bersifat terbuka dan saling menerima idea untuk kebaikan bersama.
Kefahaman
terhadap mesej yang dituturkan juga berbeza dimana proses fahaman boleh berlaku
secara spontan. Kita harus berhati-hati dengan masej samada
yang nyata tersirat atau tidak tersirat.
Komunikasi lisan hendaklah diserta dengan komunikasi
bukan lisan seperti renungan mata, pergerakan tangan, ukiran senyuman, ekspresi
muka, pergerakan kecil tubuh badan yang membantu memberi makna yang lebih
jelas.
McCardle (1974) menyatakan komunikasi bukan lisan
merupakan faktor penting yang membentuk ‘gestalt’ keseluruhan pada komunikasi. Dikatakan guru boleh mengawal kelas tanpa lisan dengan ‘eye
contact’ atau melihat dengan penuh tumpuan kepada seseorang individu.
Tubuh badan harus menghadap murid supaya mereka sedar merekalah
tumpuan.
Guru
perlu mengelakkan beberapa gangguan supaya mesej dapat
diterima dengan jelas. Dua jenis gangguan yang dikategorikan
adalah gangguan dalaman dan gangguan luaran.
Gangguan
luaran adalah yang datangnya dari suasana persekitaran yang terlalu bising atau
senyap; atau laras bahasa yang sukar difahami dan
suasana didalam bilik darjah itu sendiri.
Gangguan dalaman terdiri dari unsur ‘bias’ dalam
persepsi, pengalaman lalu dan perbezaan budaya. Mesej yang tidak disukai akibat rasa kecewa serta salah faham turut
menjadi gangguan dalam komunikasi. Faktor lain
adalah sumber yang tidak boleh dipercayai, kesilapan mengalih bahasa, pemikiran
penyampai dan penerima maklumat yang berbeza menjadi penghalang penerimaan
mesej.
Komunikasi mempunyai tujuan, oleh itu guru harus
memastikan tujuan dalam menyampaikan ilmu itu tercapai. Dua aspek dalam hubungan boleh dirunding semasa interaksi dan
komunikasi sedang berlangsung.
Guru juga harus bijak memilih waktu dan tempat untuk berkomunikasi
supaya mesej yang disampaikan lebih mudah, jelas dan menarik; murid pula akan mudah memahami dan berupaya memberi penjelasan terhadap
mesej yang diterima.
Komunikasi
haruslah
berterusan kerana orang akan membuat andaian daripada pergerakan dan tingkah
laku kita. Komunikasi berkesan berupaya mempengaruhi minat
murid untuk belajar dan mewujudkan hubungan yang baik dalam komuniti
pembelajaran.
2. Laras Bahasa
Laras
bahasa adalah
Pengguna
adalah orang yang mengunakan sesuatu bahasa dan penggunaan ialah bagaimana
sesuatu bahasa digunakan dengan cara yang berbeza
berdasarkan konteks dan situasi yang dihadapi.
Penggunaan bahasa merujuk kepada penutur, pendengar,
situasi, topik dan tujuan perbincangan.
Sesuatu
laras bahasa bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap
penutur dan berubah-rubah mengikut situasi. Ciri-ciri laras
yang penting adalah perbendaharaan kata, susunan ayat dan frasa yang digunakan.
Dengan memilih laras bahasa yang tidak sama untuk
situasi berlainan, anggota masyarakat dapat menunjukkan bahawa mereka sedar
akan situasi sosial yang berlainan wujud di sekitar mereka.
Laras bahasa juga bergantung kepada situasi
luaran dengan maksud latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat
yang mengamalkan bahasa tersebut diberi pertimbangan. Ianya merangkumi struktur
sosial dan keseluruhan cara hidup. Situasi
persekitaran merujuk cara penyampaian, perhubungan
sosial dan peribadi, bahan dan fungsi sosial.
Jenis
Laras bahasa yang dimaksudkan adalah :
Laras
bahasa biasa, laras bahasa akademik, laras bahasa satera/kreatif, laras bahasa
agama, laras bahasa sukan, laras bahasa sains, laras bahasa rencana, laras
bahasa iklan/perniagaan, laras bahasa media massa, laras bahasa undang-undang
dan laras bahasa ekonomi. Dikaitkan
dengan kesesuaian dengan bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan. Laras bahasa boleh
ditakrifkan sebagai ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidangs esuatu
wacana digunakan.
Contohnya, laras bahasa doa, khutbah dan upacara. Laras dipengaruhi oleh
latar, penutur, peserta dan tujuan. Laras juga dipengaruhi
oleh tatabahasa.
Conoth: Ayat aktif
dan ayat pasif, ayat bias dan ayat songsang, dan panjang pendek ayat
akanmenghasilkan laras yangberbeza.
Terdapat tokoh
bahasa yang membahagikan laras kepada beberapa
bahagian lagi.
Misalnya Halliday
melihat laras daripada tiga dimensi, iitu tajuk
wacana, cara penyampaian, dan
Jenis dan Ciri Laras Bahasa
Laras bahasa dapat
digolongkan kepada dua golongan besar, iaitu laras
biasa dan laras khusus.
Laras biasa ialah laras khusus yang digunakan untuk masyarakat umum seeprti
bidang hiburan (laporan suskan, berita sukan), pengetahuan dan peneranagn
(syarahan, rencana), maklumat dan pemujukan (rencana, iklam). Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana, laporan, buku).
Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khsus ialah:
Laras Bahasa Biasa
Tidak
melibatkan bidang tertentu, mudah difahami, tiada istilah teknikal, kurang kata
pinjaman.)
Laras biasa ialah laras bahasa yang yang digunakan unuk khalayak umum tentang
pelbagai bidang seperti bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan),
pengetahuan dan penerangan (syarahan, rencana) dan maklumat dan pemujukan
(rencana, iklan). Gayat
ayat sederahana, ringkas dan padat.
Struktur ayat
mudah, contohnya: Di larang memijak rumput. Laras bahasa biasa terbahagi kepada formal dan tak formal.
. Laras Bahasa Perniagaan
Mempengaruhi
penguna untuk membentuk tanggapan tertentu atau mengubah sikap dan melakukan
tindakan.
Digunakan dalam
iklan, tender, laporan dan sebagainya , disokong pula
oleh gambar, lukisan, grafik, ilustrasi dansebagainya. Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:
(a) Slogan: Kami
(b) Kaedah
Pernyataan: Rumah Untuk Dijual/Disewa
(c) Perkaitan
Konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y
(D) Perisytiharan:
Waja dengan Aksesori Lengkap
(e) Kaedah Umpan:
Beli Satu, Percuma Satu
(f) Mesra:
Keutamaan Kami Adalah Pelanggan.
(g) Bandingan:
Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama
(h) Gesaan: Cepat!
Cepat! Datanglah Beramai-ramai
(i) Pertanyaan:
Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin Z.
Laras Bahasa Akademik
Meliputi
pelbagai bidang seperti sains, teknologi, komunikasi, matematik dan sebagainya
yang terletak dalam ruang lingkup pendidikan. Bersifat
teknikal.
Dalam penulisan
ilmiah, misalnya penulisan thesis, penulis perlu mengikut fornmati tertentu
seperti perlu ada cattan bibiliografi (rujukan), nota kaki di bawah muka Menggunaka istilah-istilah yang khusus kepada bidang, dan biasanya perlu dihafal. Contohnya ialah fotosintesis, pecutan, mengawan, pendebungaan dan sebagainya.
Laras Bahasa Undang-Undang
Tiada gambar, graf, metafora, simili, peribahasa, kiasan dan sebagainya. mempunyai istilah sendiri seperti Argumantum ad baculum, habeas corpus dan sebagainya.
Laras Bahasa Media
Berita sebagai
satu wacana mempunyai struktur teks yang tersendiri, lain daripada struktur
teks cereka, dan lain pula daripada struktur teks esei dan karya ilmiah.
Wartawan atau
pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk menjelaskan sesuatu menurut cara yang paling mudah diterima sesuai dengan selera
sebilangan besar pembaca akhbar. Tiga
ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baik ialah, pertama, bahasa
yang digunakan mudah. Kedua, Ayat
yang panjang, mengandungi beberapa klausa, menggunakan petikan, metafora,
kiasan, istilah teknik, dan sebagainya haruslah dielakkan.
Laras Bahasa Sastera
Memperlihatkan Bahasanya
boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis. Beberapa ciri bahasa sastera:
a kreatif dan
imaginatif: kabur mesej b. mementingkan
penyusunan, pengulangan, pemilihan kata c. puitis dan
hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga bahasadan sebagainya. d. menggunakan
bahas tersirat: perlambangan, kisan, perbandingan, peribahasa, metafora,
simile, personalifikasi, ilusi, ambiguiti dan sebagainya. e. terdapat
penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.
Laras Bahasa Agama
Mengandungi
istilah agama daripada bahasa Arab
Struktur ayatnya
banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab Diselitkan
dengan petikan daripada al-Quran dan hadis.
Kesimpulan:
Sumber :
|
||||||||||||||||||||||||||||||||
Dibina pada Mac 10, 2010 oleh dan dikemaskini pada 07-Aug-2012 oleh Pengendali@2006