|
|||||||
|
|
|
|||||
|
|
|||||||
|
Pelan Tindakan Mewujudkan
Persekitaran Yang Mesra Budaya
7. Pengenalan
Pendidikan bukanlah agenda Negara yang boleh dijayakan secara
persendirian. Pendidikan merupakan bidang
yang melibatkan dan memerlukan komitmen semua pihak berkepentingan (stakeholders). Kejayaan sistem
pendidikan sebagai perkhidmatan kepada masyarakat akan
dinilai berdasarkan keupayaannya untuk dinikmati oleh kumpulan sasaran dan
seterusnya untuk meningkatkan taraf kehidupan.
Kejayaan ini banyak dipengaruhi oleh kekuatan kerjasama dalam
dan luar Kementerian Pelajaran
Masyarakat orang Asli, indigenious dan pendalaman dikatakan
agak ketinggalan dalam arus perdana sistem pendidikan negara oleh itu tumpuan
hendaknya di berikan kepada kumpulan ini.
Pembangunan pendidikan di Sekolah-sekolah
dibandar dibekalkan dengan kemudahan bangunan dan peralatan yang baik dan
lengkap, guru terlatih dan sumber
mencukupi berbanding sekolah luar bandar yang kekurangan dari segi
infrastruktur dan peralatan, kemudahan asas, guru serta sokongan ibu bapa dan
masyarakat.
Ketidaksamarataan dan jurang pendidikan ini wujud disebabkan
keutamaan pada masa itu tertumpu kepada usaha memastikan lebih ramai murid
mendapat pendidikan berbanding dengan kualiti pendidikan yang disediakan. 7.1
Merancang dan Melaksanakan Pelan Tindakan : Orang Asli
“Kepelbagaian bahasa, etnik,
agama, budaya, fizikal, gender, bakat dan kebolehan adalah realiti masyarakat
Kepelbagaian ini tidak menghalang setiap warganegara untuk
empunyai persamaan hak sebagai warganegara Implikasi
kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas iaitu bagaimana guru hendak
mewujudkan kefahaman dan apresiasi kepelbagaian tersebut dalam kalangan murid
sebagai anggota masyarakat
Kumpulan minoriti 141, 230 orang penduduk orang Asli di
Malaysia ini tidak pernah tercicir atau dinafikan dalam arus pembangunan
perdana.
Bermula Rancangan
Sepanjang RMK-8 tumpuan pembangunan orang Asli semakin meluas
dengan peningkatan peruntukan kerajaan RM303.5 juta berbanding RM148.9 pada
RMK-7.
Perancangan pelan ini dibuat bersama oleh Jabatan Hal Ehwal
Orang Asli dan Bahagian Perancangan Penyelarasan, Kementerian Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah. Objektif pelan ini adalah bertujuan
menyediakan keperluan peruntukan di kawasan orang asli. Kumpulan
sasar untuk program ini terdiri dari 4 kumpulan iaitu peringkat pra-sekolah
(5-6 tahun) , peringkat rendah (7-12 tahun) ,
peringkat menengah (13-18 tahun) dan peringkat tertiari.
Peringkat pertama – peringkat prasekolah, 5-6 tahun, melalui
pendidikan formal pra-sekolah; persediaan dari segi emosi dan kemahiran social
supaya bersedia menerima perubahan apabila bersekolah kelak. Peringkat
kedua – peringkat rendah, 7-12 tahun, menyediakan asas kukuh dalam kemahiran 3M
iaitu membaca, menulis dan mengira; juga didedahkan aspek kemahiran berfikir,
konsep asas sains, seni dan rekreasi, penerapan nilai-nilai murni khususnya
program pra-sekolah dan rendah kepada pembangunan domain kognitif, afektif dan
selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Peringkat
ketiga – peringkat menengah, 13-18 tahun, memberi tumpuan pendidikan
komprehensif dan berkualiti kepada warganegara Malaysia yang berumur antara 12+
hingga 17+ tahun. Penekanan diberi kepada kemahiran berfikir
sevara kritis dan kreatif.
Peringkat keempat – peringkat tertiari, tumpuan kepada
pendidikan tinggi supaya pembangunan minda orang-orang asli menjadi liebih
kritis, kreatif dan inovatif serta dapat memajukan masyarakat dan Negara dalam
persaingan global. Latihan
kemahiran yang bersesuaian dengan minat serta kebolehan mereka akan diperkenalkan supaya mereka dapat memasuki pasaran
tenaga buruh dan mendapat peluang-peluang pekerjaan yang sesuai dengan
kebolehan mereka.
Peringkat dewasa masyarakat dianjurkan program kemasyarakatan
oleh pertubuhan seperti Penggerak Wanita Orang Asli.
Antaranya
program kesejahteraan keluarga, latihan-latihan kemahiran dan keusahawanan
serta program celik huruf. Skim
Bantuan Galakan Pendidikan JHEOA disediakan bagi membantu pelajar orang asli di
peringkat sekolah, menengah dan Institusi Pengajian Awam Tempatan. Bantuan ini adalah untuk meringankan beban masyarakat orang asli
dalam pembiayaan persekolahan dan pengajian anak-anak mereka.
Diantaranya adalah :
i) Yuran
persekolah
ii)
Kokurikulum
iii)
Kertas ujian bulanan
iv)
Sukan tahunan sekolah
v) Kegiatan
pendidikan Islam dan Pendidikan Moral
vi)
MSSM
vii)
Bantuan persekolahan
seperti buku tulis, buku kerja dan alat tulis
viii)
Pakaian seragam sekolah
ix)
Tambang pengangkutan
x)
Barang
keperluan diri
xi)
Bantuan makan sekolah
pendalaman
Bukti
kejayaan pelan tindakan oleh Kementerian Pendidikan
7.2
Merancang dan Melaksanakan Pelan Tindakan :
Indigenious Kementerian
Pelajaran akan terus berusaha untuk mendemokrasikan
pendidikan bagi merapatkan jurang dalam kalangan masyarakat berbilang etnik,
budaya dan sosioekonomi Negara ini. (Dato
Seri Hishamuddin Tun Hussein, Mantan Menteri Pelajaran). Kementerian
pelajaran memberikan penekanan dan focus kepada
keperluan mendefinisikan semula persekolahan mereka.
Pendefinisian semula dilakukan untuk membantu anak-anak orang
asli dan indigenious supaya tidak tercciri dalam arus pendidikan.
Golongan
ini dikelompokkan dalam golongan berisiko tinggi yang perlu diberi perhatian
agar tidak wujud jurang besar dalam pelbagai aspek. Melalui
pendemokrasian pendidikan apa saja kemudahan yang
terdapat disekolah perlu diamaratakan secara optimum tanpa mengira sekolah kaum
indigenious atau bukan kaum indigenous.
Kementerian Pelajaran telah melaksanakan tindakan kolektif
dengan mengadakan Program ‘Outreach’ Pendidikan Khas dan Lawatan Jawatankuasa
Bertindak Bagi Menangani Isu-Isu Pendidikan anak orang asli dan indigenious. 7.3
Merancang dan Melaksanakan Pelan Tindakan : Pendalaman Penagihan
peruntukan kewangan tanpa memilih bulu dan ketidakadilan dalam menyalurkan dana pendidikan akan menafikan peluang untuk pelajar ini
berkembang selari dengan kemajuan sains dan teknologi negara. Kerajaan
mengakui kelemahan
keperluan dalam capaian, ekuiti dan kualiti pendidikan khasnya kalangan
kanak-kanak terpinggir di luar Bandar dan kawasan terpencil dan kanak-kanak
orang asli. Peningkatan keperluan seperti kapasiti institusi
serta sumber manusia dalam melatih guru dan kaunselor sekolah menambahbaik
penjagaan dan pembangunan awal kanak-kanak dan mengalakkan pendidikan
berasaskan kemahiran hidup. Kerajaan
telah menyediakan dana dan sokongan teknikal untuk menilai impak dan
keberkesanan Program Pembacaan Tambahan; kerajaan telah berusaha meningkatkan
lagi program Pendidikan Berasaskan Kepada Kemahiran Hidup seperti pencegahan
HIV dengan sasaran 100 buah sekolah di Malaysia di kawasan pendalaman.
Pada tahun 2005, 4.4 peratus murid sekolah rendah dan 0.8
peratus pelajar ssekolah menengah masih belum menguasai kemahiran 3 M. Mulai
tahun 2006, Kementerian Pelajaran memperkenalkan Kelas Intervensi Awal membaca
dan Menulis (KIA2M)
selepas enam bulan persekolahan Tahun 1. Murid yang tidak
menguasai atau mempunyai permasalahan pembelajaran akan
mengikuti kelas pemulihan.
Sehingga tahun 2005, Kementerian Pelajaran mengadakan
pendidikan prasekolah kepada 92,303 kanak-kanak berumur %+ tahun dengan menyediakan
3,868 kelas prasekolah. Sementeara 12,130 prasekolah anjuran agensi
luar KPM kepada 610, 714 orang kanak-kanak. KPM
juga menambahkan kelas presekolah dan menyediakan guru prasekolah
terlatih di semua kelas prasekolah.
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan juga diperkenalkan.
KPM juga memperluaskan Program Pemulihan dengan menaikkan
taraf 2,800 kelas pemulihan dan menyediakan guru pemulihan yang secukupnya
sejajar dengan Keputusan Kabinet tahun 2005. Agensi
lain yang terlibat adalah Mercy Malaysia; bagi UNICEF, pendidikan untuk semua
bukan sekadar membina sekolah dan menghantar anak-anak kesekolah, malah lebih
kepada menghadiri sekolah mesra kanak-kanak dimana mereka dapat membaca dan
menulis dengan betul , menerima inspirasi untuk belajar, serta pendapat dan
pandangan mereka dihargai untuk menjana asas rohani, emosi dan fizikal yang
utuh di sepanjng hayat mereka. Bagi
menarik minat murid pelbagai kaum belajar di sekolah kebangsaan serta
mempelajari bahasa lain, Kementerian Pelajaran memperkenalkan Bahasa Arab
Komunikasi (tahun 2003, 7520 murid di 97 buah sekolah), Bahasa Cina Komunikasi
(tahun 2005, 14,289 murid di 153 buah sekolah) dan Bahasa Tamil Komunikasi. Pada
tahun 2007, BCK dan BTK digantikan dengan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil di 150
buah sekolah pilihan dan 70 buah sekolah pilihan. BAK diserap sebagai salah
satu bidang program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu-Ain (j-QAF). Semasa
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan
mengumumkan peruntukan tambahan RM2.6 billion bagi meningkatkan mutu prasarana
dan pendidikan dari RM9.7 billion; ianya dijangkakan memberi manfaat kepada
lebih dua juta murid sekolah luar Bandar dan pendalaman. Menerusi
program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar perkara yang ingin
disempurnakan adalah penyediaan kemudahan ICT, insentif guru, Kerajaan
dijangka menyediakan 2.436 kelas untuk 60,000 kanak-kanak prasekolah termasuk
untuk anak-anak orang Asli selain penambahan 17,500 komputer untuk pelajar
dengan nisbah satu computer bagi setiap lima murid. 9,079
bilik darjah untuk sekolah rendah dan 6,039 bilik darjah untuk sekolah menengah
akan dibina dan 2,046 sekolah rendah dan 569 sekolah menengah akan dinaik
taraf. 281 asrama baru akan dibina selain 170 buah
asrama akan dinaik taraf. 1,600
makmal computer dan pusat akses akan disediakan , 5,869 sekolah luar bandar
akan dilengkapi Web TV, menyediakan kemudahan telepersidangan untuk 500 buah
sekolah kurang murid , telefon satelit untuk 200 sekolah dan faks wayerless
untuk 200 sekolah. Elaun
khas dengan kadar yang bergantung kepada tempat dan
jarak guru mengajar kepada guru yang sanggup berkhidmat di luar bandar dan
pendalaman. Bagi guru-guru Sabah dan Bagi
program intervensi murid pula, kerajaan menjelaskan bahawa bengkel-bengkel akan dibina untuk keperluan murid yang mengambil
matapelajaran vokasional manakala kelas pemulihan ditambah kepada 5,077. Peruntukan
makanan asrama akan ditambah daripada RM8 kepada RM12
seorang sehari untuk 280,000 murid sekolah rendah dan menengah. Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan dirancang untuk menyediakan infrastruktur dan
kemudahan asas melalui projek :
i ) bilik darjah – 805 sekolah dan 5,138 bilik
darjah
ii) asrama - 2,800
kapasiti penghuni
iii)
rumah
guru – 414 projek, 841 unit
iv)
bekalan
elektrik 24 jam ke 664 sekolah rendah
v)
bekalan
air ke 193 sekolah
Untuk menjayakan PIPP kefahaman pihak berkepentingan tentang
dasar, focus, strategi dan pelan tindakan dapat disinergikan dengan kuasa,
kepakaran dan keupayaan mereka. Hubungan
kerjasama dengan
agensi-agensi berikut adalah dipertingkatkan seperti :
i)
sumber
kewangan dan tenaga mencukupi serta berpadanan – JPA, Perbendaharaan
Pelaksanaan
ii) pembangunan
institusi pendidikan – kerajaan negeri, kerajaan tempatan, pejabat daerah,
pejabat tanah
iii) KPTM,
KeKKWa, KBS, KKM, JKR, Kementerian Pengangkutan, PDRM, Bomba, Perpaduan Negara,
Alam Sekitar AADK Faktor
kejayaan PIPP bergantung kepada keupayaan system pengurusan, pentadbiran,
penyampaian, pemantauan dan penilaian yang cekap dan berkesan dalam Kementerian
Pelajaran termasuklah
:
i) kerjasama
dan komitmen semua warga KPM dari peringkat Jabatan/ Bahagian/ JPN/ PPD/G/ PSPN, PKG serta semua
ii) kefahaman
yang jelas dan mendalam tentang dasar, matlamat dan sasaran yang ingin dicapai iii) kepimpinan yang mantap pada semua peringkat untuk memastikan setiap program dan aktiviti yang dirancangkan menepati sasaran.
Pemimpin yang diperlukan hendaklah memiliki pengetahuan, kemahiran dan
keterampilan serta mempunyai sikap dan nilai positif
i) memperluas
program prasekolah kementerian pelajaran
ii) memperbaiki
penyediaan kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan bekalan air
iii) meningkatkan
kemudahan bilik darjah luar bandar Melalui
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006, bangunan tambahan dan gentian serta
mengubahsuai dan menaikkan taraf lebih 2,600 sekolah rendah dan menengah
i) menyediakan
asrama sekolah baru dan memperbaiki asrama
untuk keperluan 65,000 penghuni dan peruntukan makanan kepada 280,000
ii) mempertingkatkan
kelas pemulihan di luar bandar sebanyak 5,000 kelas bagi mengukuh penguasaan
kemahiran 3M
iii) memperluas
penawaran Mata Pelajaran Vokasional kepada 480 sekolah luar bandar
iv) membestarikan
sekolah luar bandar
v) menyediakan
tambahan peruntukan Rancangan Makanan Tambahan untuk 550,000 murid luar bandar
vi) menyediakan
insentif bagi guru yang berkhidmat di kawasan luar bandar seperti elaun khas,
elaun balik kampong, insuran guru serta penambahbaikan rumah guru dan bekalan
lain Melalui
PIPP, projek-projek yang dijangkakan mempunyai impak yang besar meliputi :
i) peningkatan
92.0 kepada lebih 95.0 peratus penguasaan 3M bagi murid Tahun 1
ii) penurunan
daripada 7.7 peratus kepada kurang dari 5.0 peratus kadar murid yang memerlukan
pemulihan
iii) penurunan
kepada kadar 80.0 peratus bagi keperluan Skim Baucar Tuisyen
iv)
jurang
pecapaian pelajar berkurangan daripada 1-14 peratus mengikut matapelajaran
kepada kurang 20.0 peratus
v)
peningkatan
pelajar sekolah menengah luar bandar yang dapat mengambil MPV meningkat dari
5.0 peratus kepada 8.0 peratus
vi)
kadar
keciciran luar bandar berkurangan daripada 1.2 peratus kepada kurang 1.0
peratus pada peringkat sekolah rendah dan daripada 16 peratus kepada kurang
dari 10 peratus pada peringkat sekolah menengah
vii)
taraf
kesihatan murid luar bandar bertambah baik dan ketidakhadiran murid berkurangan
viii)
guru
berkualiti dan berpengalaman lebih sedia berkhidmat dikawasan pendalaman Pengalaman
pembelajaran mesra budaya akan mengembangkan nilai
sivil yang menjadi nadi kehidupan masyarakat yang harmonis dan aman diperingkat
nasional dan global. Antara nilai sivik yang diperlukan oleh masyarakat
ialah hormat-menghormati, toleransi, kasih sayang terhadap alam sekitar,
kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang dan semangat patriotik.
Oleh itu, guru sekali lagi terpaksa menwujudkan suasana
pembelajaran yang mengalakkan interaksi dan intergrasi dalam kalangan murid
didalam dan diluar bilik darjah tanpa mengira latar sosio budaya murni
berkenaan. Jurang
pendidikan diantara bandar dan luar bandar hendaklah dikurangkan; dasar
pendekatan, piawaian dan penanda aras yang lebih tepat serta bersesuaian dengan
ciri keperluan kluster ; agar boleh dijadikan model
Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan.
Nota :
i) Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan. ii) Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
|
Dibina pada Jun 2, 2010 oleh dan dikemaskini pada 07-Aug-2012 oleh Pengendali@2006