Free Web Site - Free Web Space and Site Hosting - Web Hosting - Internet Store and Ecommerce Solution Provider - High Speed Internet
Search the Web
TOPIK HBEF2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
 

TOPIK HBEF2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

 

Modul ini terdiri daripada 10 topik.

 

TOPIK 1: ASAS KAJIAN

 

Topik 1 adalah pengenalan kepada dunia kajian ilmiah. Ia memberikan pendedahan kepada pelbagai jenis kajian yang kerap dilakukan oleh para ilmuan dan profesional lapangan seperti guru-guru sekolah. Topik ini juga menyentuh tentang etika kajian dan soalan tentang apakah yang dikatakan kajian saintifik yang baik.

 

TOPIK 2: PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN

 

Topik 2 memberikan panduan kepada anda tentang penulisan cadangan kajian yang berkesan. Anda akan belajar mengenal pasti masalah kajian, meninjau literatur tentang bidang kajian anda, merancang kaedah kajian yang baik, dan menentukan tatacara menganalisis data.

 

TOPIK 3: MASALAH KAJIAN

 

Topik 3 memberikan penjelasan mendalam tentang masalah kajian, terutama dalam bidang pendidikan. Ia mencadangkan penggunaan kerangka teori yang menjadi asas kepada kajian serta menulis pernyataan masalah, objektif kajian, soalan kajian dan hipotesis.

 

TOPIK 4: TINJAUAN LITERATUR

 

Topik 4 berfokus kepada tinjauan lieratur, iaitu proses mengkaji literatur berkaitan dan kajian berkaitan. Anda akan belajar memetakan bidang kajian anda dengan kedah dan reka bentuk kajian yang sedia ada.

 

TOPIK 5: KAEDAH KAJIAN

 

Topik 5 menjelaskan langkah-langkah untuk membangunkan kaedah kajian yang baik dan menyediakan alat-alat kajian. Ia juga meneliti kaedah membuat kajian rintis dan bagaimana menentukan kebolehpercayaan dan kesahan kajian.

 

TOPIK 6: KAJIAN KUALITATIF

 

Topik 6 meliputi proses-proses dalam mereka-bentuk, melaksanakan kajian kualitatif, mengaplikasi strategi dan teknik yang digunakan dalam pengutipan dan penganalisisan data kualitatif.

 

TOPIK 7: KAJIAN KUANTITATIF

 

Topik 7 meliputi proses-proses dalam mereka-bentuk, melaksanakan kajian kuantitatif, mengaplikasi strategi dan teknik yang digunakan dalampengutipan dan penganalisisan data kuantitatif.

 

TOPIK 8: PENGANALISISAN DATA KUANTITATIF

 

Topik 8 merupakan sambungan kepada pengenalan kajian kuantitatif dengan mendalami beberapa teknik analisis data. Antara topik-topik yang diliputi ialah kekerapan dan peratus, min, sisihan piawai, korelasi linear, regresi linear mudah, pengujian hipotesis dan analisis khai-kuasa-dua.

 

TOPIK 9: PENULISAN LAPORAN KAJIAN

 

Topik 9 menjurus kepada kemahiran dan teknik yang diperlukan untuk menulis kertas kajian, sama ada tugasan, laporan, tesis kecil, atau disertatsi PhD. Sebagaimana yang dijelaskan dalam topik ini, semua kertas kajian mempunyai struktur asas dan format yang sama.

 

TOPIK 10: PENDEKATAN PENGAJARAN

 

Topik 10 menjelaskan pelbagai pendekatan pengajaran yang berguna untuk anda mereka-bentuk dan melaksanakan kajian berasaskan sekolah anda.Topik ini juga meneliti model pembelajaran dan pengajaraan MURE, pengetahuan pedagogi kandungan (PCK) dan rancangan mengajar.

 

 

Rangkaian

 

1. Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan  [ http://peoplelearn.homestead.com/Penyelidikan/Kandungan.html ]

2. Research In Education [ http://www.learningdomain.com/PXGS6102Research.html ]

 

Dibina pada Mei 23, 2009 dan dikemaskini pada June 07, 2009  oleh Pengendali@2006