|
|||||||
|
|
|
|||||
|
|
|||||||
|
TOPIK 1 ASAS KAJIAN
OBJEKTIF
Selepas anda tamat membaca topik
ini, anda sepatutnya boleh:
1. menjelaskan
asas-asas kajian dan pelbagai jenis kajian;
2. mengenal
pasti kriteria kajian berkualiti; dan
3. menjelaskan
tanggungjawab etika seseorang penyelidik dan pengguna/penaja kajian.
TUJUAN MENJALANKAN PENYELIDIKAN
Jenis
Kajian
1. Kajian
tindakan ada 2 komponen a) Bahagian penyelidikan b) Bahagian tindakan.
Tujuan a) mengenalpasti
masalah b) utk menyelesaikan masalah.
2. Kajian konvensional
:
a) Kajian kuantitatif
b) Kajian kualitatif
Kajian asas
ATAU kajian tulen memajukan
pengetahuan asas tentang dunia sosial. Ia menjadi sumber kepada
kebanyakan idea saintifik dan cara berfikir tentang dunia ini. Kajian dibuat hanyalah untuk meningkatkan kefahaman teori-teori
sedia ada atau menghasilkan teori-teori baru dengan tidak mengambil kira
aplikasi hasil kajian.
Kajian gunaan (applied research) adalah untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah harian, misalnya, soalan berkaitan polisi atau menyelesaikan masalah sosial, pendidikan atau perniagaan.
Kajian
kuantitatif
adalah
satu bentuk inkuiri positivis yang menekankan pemerolehan fakta menggunakan
pengukuran objektif dan analisis statistik data numerik untuk memahami dan
menjelaskan sesuatu fenomena yang boleh dijadikan panduan kepada amalan dan
polisi
Kajian
Kualitatif adalah
kajian
yang menekankan kepada penghasilan makna (production
of meaning) PERBEZAAN KAJIAN KUANTITATIF DENGAN KUALITATIF
Kajian Tindakan -
untuk memperbaikinya dan menunjukkan bukti
setakat mana amalan itu telah dibaiki.
Langkah asas Kajian tindakan
1. meninjau amalan semasa
2. kenalpasti maslah utk diselidik
3. bagaimana anda memperbaiki amalan secara praktik
4. cuba selesai dan nilai semula
5. ubah amalan mengikut maklum balas dari langkah 4
6. teruskan memantau amalan
7. lihat semula dan nilai amalan yg telah diubah LANGKAH ASAS MENJALAN KAJIAN TINDAKAN
Sampel Kertas Kajian yang
Diterbitkan
1. Reflecting and learning
together: Action research as a vital element of developing understanding and
practice. Tina Cook. Educational Action Research 12.1 (2004)
2. The assessment of second
language teaching. Craig Thaine. ELTJournal 58.4 (2004)
KAEDAH
INKUIRI SAINTIFIK DALAM KAJIAN
-untuk membina
dan menguji pelbagai hipotesis melalui pemikiran induktif-deduktif.
Kajian saintifik menggunakan proses
tertentu yang menggabungkan pemikiran induktif dan deduktif serta pencerapan
dan pengujian hipotesis kepada aktiviti-aktiviti yang berasaskan pemikiran
reflektif
-Sains adalah satu sistem cara yang dapat menghasilkan ilmu pengetahuan.
ALTERNATIF
KEPADA SAINS DALAM PENGHASILAN ILMU
(a)
Autoriti
Pengetahuan yang diperoleh
daripada ibu bapa, para guru dan pakar serta daripada buku dan media
(b)
Tradisi
Pengetahuan yang berasaskan
tradisi biasanya diterima sebagai betul disebabkan ia
telah melalui ujian masa, dan justeru boleh dipercayai
(c)
Pengetahuan
Umum
Maklumat dan pengetahuan boleh
juga didapati daripada apa yang diketahui oleh semua
orang yang mempecayainya
(d)
Mistri
Media
Siaran TV, filem, surat kabar, majalah dan media lain adalah penting kepada
kita sebagai sumber maklumat
(e)
Pengalaman
Peribadi
Apabila sesuatu berlaku, kita
dapat merasainya, kita dapat mengalaminya, dan kita terimanya sebagai benar
Pengalaman peribadi ini
dikukuhkan melalui empat kesilapan utama:
Terlebih
generalisasi
(overgeneralisation): iaitu kita mengandaikan perkara ini benar dalam
situasi-situasi lain.
Pencerapan
terpilih (selective perception): iaitu, apabila kita memberi tumpuan kepada perkara
tertentu sahaja dan tidak kepada perkara-perkara lain.
Keputusan
lebih awal (premature closure): iaitu keputusan yang kita buat apabila kita rasa kita
sudah pun mempunyai segala jawapan yang kita perlukan dan kita rasa kita tidak
perlu lagi mendengar pendapat orang lain, mencari maklumat lain atau menimbulkan
persoalan lain.
Kesan
Halo (Halo effect): iaitu, apabila kita terlebih membuat generalisasi
terhadap objek atau seseorang yang mempunyai ciri-ciri cemerlang, yang membawa
kita kepada memberi penilaian yang berlebihan kepada objek atau orang tersebut.
Pendekatan saintifik
Model Sains Tradisi
Dalam model sains tradisi, terdapat
tiga unsur utama, iaitu:
(a) Teori digunakan untuk
menggarap idea yang dihasilkan dalam bentuk hipotesis.
(b) Operasionalisasi
menyatakan makna semua pemboleh ubah yang terlibat dan
(c) Pencerapan melihat dan
membuat pengukuran ke atas apa yang dilihat.
Model Deduktif dan Induktif
Kajian melibatkan
penggunaan teori.
Semasa kita mereka bentuk kajian, teori mungkin
(a) Model Induktif bergerak
daripada perkara spesifik kepada umum (general),
(b) Model Deduktif bergerak
daripada umum kepada spesifik. Daripada satu bentuk tertentu yang dijangka berasaskan logik atau
teori kepada pencerapan yang menguji sama ada bentuk yang dijangka itu
sebenarnya wujud. Dalam model ini, hipotesis
Hubungan Antara Model Induktif dan Deduktif
KRITERIA
KAJIAN YANG BAIK
(a)
Tujuan
Kajian yang Jelas untuk
mengelakkan kekeliruan.
(b)
Penerangan
yang Jelas tentang Proses Kajian
Proses kajian perlu diterangkan
secara terperinci supaya ia boleh diulang dan disahkan
oleh penyelidik-penyelidik lain.
(c)
Perancangan
dan Pelaksanaan yang Sistematik
Proses menjalankan kajian perlu
dirancang dengan cermat untuk mengurangkan ralat (error).
(d) Piawai
Etika yang Tinggi
Sesuatu
projek kajian yang memberi keutamaan kepada pengawalan para peserta kajian daripada
prasangka atau bahaya, yang pada masa yang sama dapat
menghasilkan keputusan berkualiti, akan diberi nilai yang tinggi.
(e)
Dapatan
yang Dibincang dengan Jelas
Penyelidik
perlu menggunakan kaedah menganalisis data yang sesuai, dan analisis ini perlu
dibuat secara terperinci. Selain itu, kebolehpercayaan dan
kesahan data perlu disemak dan disahkan; dapatan kajian perlu diterangkan
dengan jelas.
(f)
Batasan
Kajian Dinyatakan dengan Jelas
penyelidik perlu menyatakan batasan-batasan
atau kesilapan yang berlaku semasa kajian dijalankan, yang boleh memberi kesan
kepada dapatan kajian.
ETIKA
KAJIAN
kerahsiaan
peserta kajian;
penyertaan
secara sukarela dan hak peserta untuk menarik diri daripada sebahagian kajian
atau sepenuhnya;
keizinan
dan kemungkinan penipuan di pihak peserta;
menjaga
kerahsiaan data daripada individu yang boleh dikenal pasti;
reaksi
peserta terhadap cara penyelidik mengguna, menganalisis dan melapor
dapatan-dapatan kajian; dan
tingkah
laku dan keobjektifan penyelidik.
Kajian
asas Kajian
yang dibuat untuk meningkatkan kefahaman teori-teori sedia ada atau
menghasilkan teori-teori baru dengan tidak mengambil kira aplikasi hasil
kajian.
Kajian
gunaan
Kajian yang dibuat
untuk menyelesaikan masalah harian, misalnya, soalan berkaitan polisi atau menyelesaikan
masalah sosial, pendidikan atau perniagaan.
Kajian
kuantitatif
Kajian yang
menekankan pemerolehan fakta menggunakan pengukuran objektif dan analisis statistic
data numerik untuk memahami dan menjelaskan sesuatu fenomena yang boleh
dijadikan panduan kepada amalan dan polisi.
Kajian
kualitatif
Kajian yang
menekankan kepada penghasilan makna yang mengambil kira apa
yang tidak disentuh oleh kajian kualitatif, misalnya, pandangan subjektif seseorang,
akibat yang dirancang dan tidak dirancang, keanihan seseorang, dan sebagainya.
Kajian
tindakan Kajian
yang menekankan kepada penilaian amalan harian, sama
ada telah mencapai tahap yang sepatutnya
UJIAN 1
1. Nyatakan dengan ringkas perbezaan
antara kajian asas dan kajian gunaan.
Kajian asas
Kajian yang dibuat untuk meningkatkan kefahaman
teori-teori sedia ada atau menghasilkan teori-teori baru dengan tidak mengambil
kira aplikasi hasil kajian.
Kajian gunaan
Kajian yang dibuat untuk
menyelesaikan masalah harian, misalnya, soalan berkaitan polisi atau
menyelesaikan masalah sosial, pendidikan atau perniagaan.
2. Jelaskan dengan ringkas mengapa
kajian tindakan adalah penting kepada para guru.
Para guru, seperti juga
kumpulan profesional lain, dikatakan menghadapi cabaran yang amat kompleks, iaitu
daripada dinamika sosio-budaya, pedagogi, keadaan institusi
(institutional
setting), polisi kurikulum dan sebagainya. Keadaan ini memaksa mereka membuat adaptasi dan terus
berfikir sepanjang mereka menjalankan tugas-tugas mereka
3. Salah satu daripada ciri-ciri
kajian yang baik ialah: Menyatakan batasan kajian dengan jelas. Nyatakan
dengan ringkas maksud ciri ini.
setiap projek kajian
menghadapi batasan tertentu, penyelidik perlu menyatakan batasan-batasan ini atau
kesilapan yang berlaku semasa kajian dijalankan, yang boleh memberi
kesan kepada dapatan kajian. Bagaimanapun, sesetengah batasan tidak memberi
kesan besar kepada dapatan kajian, tetapi ada batasan yang boleh mengganggu
keseluruhan kajian. Sekiranya penyelidik menyatakan kajiannya tidak
mempunyai apa-apa batasan, mungkin ia boleh dipersoalkan.
UJIAN 2
Kajian boleh dibuat sama ada dengan menggunakan Model Induktif atau Model
Deduktif.
1. Jelaskan apa
yang anda faham tentang Model Induktif dan nyatakan bagaimana anda menggunakan model ini dalam kajian.
bergerak daripada perkara
spesifik kepada umum (general), daripada satu set pencerapan tertentu (specific
observations) kepada penemuan bentuk (discovery of a pattern) yang
mempunyai susunan. Dalam model ini, prinsip-prinsip umum
dibina daripada pencerapan yang spesifik.
2. Jelaskan apa
yang anda faham tentang Model Deduktif dan nyatakan bagaimana anda menggunakan model ini dalam kajian.
bergerak daripada umum kepada
spesifik. Daripada satu bentuk tertentu yang dijangka berasaskan logik atau
teori kepada pencerapan yang menguji sama ada bentuk
yang dijangka itu sebenarnya wujud
3. Berikan satu contoh kajian
tindakan yang boleh dibuat dengan menggunakan Model Deduktif.
|
Dibina pada Mei 23, 2009 dan dikemaskini pada June 06, 2009 oleh Pengendali@2006